mattzzx Publish time 26-10-2023 03:55 PM

Isu penyelarasan pencen veteran ATM masih tergantung?

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/1026rstokmat_1698306298.jpg
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika hadir pada Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran ATM. FOTO AZRUL EDHAM

Port Dickson: Kerajaan hanya dapat menyelesaikan isu penyelarasan pencen veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) sebaik saja mendapat keputusan mahkamah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihaknya sudah menghantar kertas cadangan mengenai perkara berkenaan bagi perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk dipertimbangkan.

"Isu ini tertangguh apabila adanya anggota tentera yang membawa kes (isu penyelarasan pencen) ini di mahkamah, maka saya tak boleh nak kata setakat mana perkara ini dibincangkan. Perlu tunggu keputusan mahkamah diperolehi kelak.

"Kami akan membuat rancangan dan keputusan berasaskan keputusan mahkamah. Terpaksa bersabar ," katanya selepas hadir Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) di sini, tadi.

Seramai 536 orang veteran ATM Negeri Sembilan dan Melaka di Dewan Majestic menerima pingat itu.

Mohamad berkata, pihaknya sudah membuat usul dan cadangan kepada pihak kerajaan namun terpaksa digantung susulan kes dibawa ke mahkamah berkaitan isu penyelarasan pencen.

"Saya yakin kerajaan akan meneliti dan menilai perkara ini dengan baik. Saya tak boleh nak cakap apa, nanti subjudis kepada proses mahkamah," ujarnya pada majlis penganugerahan PJM yang dikoordinasikan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM bermula 3 Mac 2004 lalu.

"Penganugerahan pingat ini adalah pengiktirafan kepada anggota tentera atas sifat keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan kesetiaan mereka semasa berhadapan dengan ancaman pengganas komunis suatu ketika dahulu.

"Sehingga hari ini, seramai 39,720 warga Veteran ATM sudah menerima PJM atas kejayaan bekas anggota tentera membanteras ancaman komunis selain memenuhi syarat-syarat yang sudah ditetapkan.

"Kita buat berperingkat di setiap negeri berikutan ada lebih 85,000 orang lagi bekas tentera yang layak menerimanya tetapi kita akan cuba buat yang terbaik," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/10/1023874/isu-penyelarasan-pencen-veteran-atm-masih-tergantung
Pages: [1]
View full version: Isu penyelarasan pencen veteran ATM masih tergantung?


ADVERTISEMENT