JoyahMengayah Publish time 25-10-2023 10:10 PM

Taylor Swift mengganas di panggung

Edited by JoyahMengayah at 26-10-2023 11:37 AM

Taylor Swift: The Eras Tour mendominasi pada hujung minggu kedua, dengan membawa masuk anggaran keuntungan sebanyak $31 juta di A.S, menurut beberapa laporan dan menjadi filem konsert pertama dalam sejarah domestik dengan tidak mengambil kira inflasi yang melanda negara itu yang melepasi kutipan $100 juta, menurut Hollywood Reporters.

Selepas hujung minggu ini, filem konsert Eras Swift membawa masuk anggaran $129.8 juta di seluruh teater Amerika Utara dan menjadi filem pertama melepasi $100 juta hanya mengambil masa dua minggu sahaja di pawagam.

Filem Martin Scorsese, Killers of the Flower Moon membawa masuk $23 juta secara domestik pada hujung minggu pertamanya, menjadikannya tayangan pembukaan ketiga terbaik dalam kerjaya Scorsese.

The Exorcist: Believer menduduki tempat No. 3 di box office hujung minggu ini, tambah $5.6 juta lagi kepada $54.2 juta jumlah kutipan keseluruhan di Amerika Utara, menurut majalah Variety.

Swift's Eras Tour adalah satu-satunya filem konsert dalam sejarah yang memegang tempat No. 1 box office selama dua hujung minggu berturut-turut.

Filem konsert terbaru Swift ini menjadi filem konsert yang berjaya mencecah kutipan tertinggi dalam sejarah selepas hanya seminggu, mengalahkan Justin Bieber: Never Say Never's $73 juta pada 2011 dan Michael Jackson This Is It, yang membawa masuk $72 juta dalam negara semasa tahun 2009, menurut kepada data Box Office Mojo.

https://www.forbes.com/sites/mollybohannon/2023/10/22/taylor-swift-reportedly-sets-concert-film-record-as-eras-tour-dominates-box-office-for-a-second-weekend




hyie Publish time 25-10-2023 11:24 PM

cantik2 yach baju sheols, suka plak meols tengok

mojarean_X Publish time 26-10-2023 12:46 AM

Nape sheols dh nmpk tua?

delia3003 Publish time 26-10-2023 12:50 AM

mojarean_X replied at 26-10-2023 12:46 AM
Nape sheols dh nmpk tua?

Dah nak mid 30s pun. Lahir tahun1989. December ni 34 tahun. Mekap kot tak kena.

liyamariska Publish time 26-10-2023 06:20 AM

hyie replied at 25-10-2023 11:24 PM
cantik2 yach baju sheols, suka plak meols tengok

tak heran yg Aretha dok puji TS mengenai baju2 dia jer...


JoyahMengayah Publish time 26-10-2023 09:12 AM

KudedLV0tP0

Nurdianah Publish time 26-10-2023 12:29 PM

Injek filler jugakā€¦ huhu

minahrecon Publish time 26-10-2023 04:48 PM

Go...go taytay .....

mmiki Publish time 27-10-2023 10:29 AM

uols rasa berbaloi tak gi tgk kt wayang ni?

hallids Publish time 27-10-2023 12:07 PM

JoyahMengayah replied at 26-10-2023 09:12 AM


Saya suka gadis ini, dia sangat menawan dan baik. Saya menonton rancangannya di pawagam dan ia membuatkan saya merinding. Jadi sebenarnya berada di konsertnya pasti membingungkan.

Page88 Publish time 1-12-2023 11:13 PM

Taylor Swift has nice fashion sense.

cm_vungtau Publish time 6-12-2023 02:13 PM

Dia ni performance tak best sebab tak pandai menari. Nyanyi dengan gitar aje la.

Page88 Publish time 8-12-2023 06:23 AM

Taylor is good but not the best.
Pages: [1]
View full version: Taylor Swift mengganas di panggung


ADVERTISEMENT