tatod Publish time 25-10-2023 06:42 PM

Netizen Gelakkan Nikita Mirzani, Luah Hasrat Nak Ke Palestin Untuk Bantu

Pelakon dan pengacara sensasi, Nikita Mirzani menerima kecaman netizen apabila mengungkapkan isu Palestin-Israel selain hal politik dalam media sosial.


Artis yang terkenal dengan imej seksi itu dikatakan menyuarakan keinginan mahu membantu mereka yang kini berjuang di Gaza dan berdepan ancaman Zionis.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/25/184159dtrar850ut8ajdox.png



Malah Nikita, 38, membuat pengakuan sedang mencari maklumat berkaitan penerbangan ke Palestin ketika konflik berdarah itu mengorbankan banyak nyawa.


Dalam hantaran Instagram Story, hos jemputan program D’Cafe itu meluahkan keinginannya ke Palestin yang kemudian ditularkan netizen.


“Penerbangan ke Palestin ditutup tak atau ada cara lain berangkat ke sana, tolong kongsi informasi,” itu antara pertanyaannya.


Rentetan itu, aktres terbabit dijadikan ‘troll’ atau kecaman dalam gelanggang media sosial dengan rata-rata pemerhati dunia hiburan mentertawakan keinginannya itu.


Masing-masing mendakwa perkara tersebut sebagai antara caranya mengejar sensasi. sekaligus sengaja mengundang kontroversi.




Sumber: Kosmo! Online

Kentot_Wangi Publish time 25-10-2023 08:06 PM

Antara retis yindon lapar perhatian.. Dia kalau kes x cari pasal dgn retis lain, mesti kes dgn jantan. Ghituuu

ayukpingu Publish time 26-10-2023 09:34 AM

Kentot_Wangi replied at 25-10-2023 12:06 PM
Antara retis yindon lapar perhatian.. Dia kalau kes x cari pasal dgn retis lain, mesti kes dgn janta ...

kes dia gaduh dgn anak sendiri + ex suami , mcmane? dh settle ke

Kentot_Wangi Publish time 26-10-2023 10:57 AM

ayukpingu replied at 26-10-2023 09:34 AM
kes dia gaduh dgn anak sendiri + ex suami , mcmane? dh settle ke

Belum lg kan. Ank dia seronok dduk luar negara.. Berparty sakan.. {:8_650:}
Pages: [1]
View full version: Netizen Gelakkan Nikita Mirzani, Luah Hasrat Nak Ke Palestin Untuk Bantu


ADVERTISEMENT