mattzzx Publish time 25-10-2023 11:13 AM

Dania Elisha kini ranking lima dunia B11

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/10/Dania-Elisha-3.jpg
DANIA ELISHA menjuarai Kejohanan WTT Youth Contender Puerto Princesa 2023 di Filipina baru-baru ini. - FOTO: PET SALVADOR SPORTS PHOTOGRAPHY

KUALA LUMPUR – Atlet ping pong berusia 11 tahun (B11), Dania Elisha Mohd. Airul Haris membuktikan statusnya sebagai permata muda dalam pembikinan negara selepas melonjak ke ranking kelima dunia bagi kategori B11.

Ia susulan kejayaan Dania Elisha menjuarai kategori B11 Kejohanan Ping Pong Dunia (WTT) Youth Contender Puerto Princesa 2023 di Filipina baru-baru ini.

Dania Elisha dinobatkan sebagai juara selepas menang 3-0 ke atas pemain tuan rumah, Adelle Leopoldo dengan keputusan 1-4, 11-7, 11-3.

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/10/Dania-Elisha.jpg
DANIA ELISHA memasang impian bergelar pemain No.1 dunia kategori B11 pada 2024 dan 2025. – FOTO: WORLD TABLE TENNIS

Kemenangan tersebut membolehkan pelajar Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota itu melonjak dari kedudukan kesembilan ke ranking No.5 dunia dengan 90 mata.

Menariknya, Dania Elisha turut beraksi dalam kategori B13 kejohanan itu, namun cabarannya terkandas kepada pemain Vietnam, Le Van Chi Do di separuh akhir dengan keputusan 9-11, 7-11, 11-9, 1-11.

Sebagai rekod, ini adalah kejuaraan kedua berturut-turut buat Dania Elisha selepas menjuarai WTT Youth Contender Vientiane 2023 di Laos dua minggu lalu.

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/10/Dania-Elisha-2.jpg
DANIA ELISHA kini dalam persediaan dalam misi menggapai impian layak ke Sukan Olimpik 2032. – FOTO: PET SALVADOR SPORTS PHOTOGRAPHY

Selepas ini, Dania Elisha akan turun berentap dalam Kejohanan Asian Hope 2023 yang bakal diadakan di Bangkok, Thailand dari 3 hingga November ini.

Perjalanan Dania Elisha dilihat berada pada landasan tepat dalam misinya bergelar pemain ranking pertama dunia bagi kategori B13 selama dua tahun berturut-turut pada 2024 dan 2025.

Selain itu, Dania Elisha juga mempunyai perancangan jangka masa panjang selama sembilan tahun untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2032. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10/25/dania-elisha-kini-ranking-lima-dunia-b11/
Pages: [1]
View full version: Dania Elisha kini ranking lima dunia B11


ADVERTISEMENT