tatod Publish time 25-10-2023 09:25 AM

Bunda Corla Jalani Tiga Prosedur Pembedahan Wajah, Bangga Dipuji Seiras Siti Nurhaliza

Pempengaruh media sosial Indonesia, Bunda Corla meluahkan rasa gembira dan bangga apabila pembedahan plastik pada bahagian wajahnya berjaya dijalankan.


Jika sebelum ini dia yang berusia 48 tahun itu mengamuk apabila dikatakan masih berwajah lelaki, kali ini pujian pengikut dalam Instagram yang diikuti lebih lima juta peminat itu membuatkannya teruja.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/25/092518eg7qjlnizojjl7zo.png



Menerusi satu hantaran dalam akaun TikTok, dia kini meraih banyak pujian apabila dikatakan mirip penyanyi Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.


Terharu dengan sambutan yang diterima, Bunda Corla memuat naik dua video yang berlatarkan lagu nyanyian Siti, Bukan Cinta Biasa dan Sesuci Lebaran.


Bunda Corla mendedahkan dia proses menjalani tiga prosedur pembedahan bagi mendapatkan wajah awet muda.


Antara pembedahan kosmetik yang dijalani oleh Bunda Corla ialah ‘brow lift’ iaitu bahagian dahinya di sekitar mata dinaikkan bagi menghilangkan kedutan.


Pemilik nama sebenar Cynthia Corla Pricillia itu turut melakukan prosedur ‘facelift’ untuk menegangkan kulit wajah dan memperbaiki struktur muka agar tampak lebih muda.


Katanya yang bermastautin di Jerman, dia melakukan pembedahan hidung bagi membaik pulih bentuknya selepas menjalani prosedur sama pada tahun 1997.






Sumber: Kosmo! Online

esbok Publish time 25-10-2023 09:31 AM

Siapa tipu dia ni. haipp:curse:

sayurmayur88 Publish time 25-10-2023 02:02 PM

bonda corla ni pompuan tulen kan?
suara dia rasanya rosak sebab kuat sgt merokok.

arffa Publish time 25-10-2023 10:27 PM

Sian dia, diberi harapan palsu

hotmak Publish time 26-10-2023 09:49 AM

baru 48 ke, ingat lg tua

Heydidle Publish time 27-10-2023 02:56 AM

Pompuan tulen ke spesis sajat?

DianaSaksen Publish time 27-10-2023 03:05 AM

Nikita mirzani pun buat muka baru
Nampak lagi lawa

jihah_kudat Publish time 29-10-2023 10:11 PM

aku terhibur baca satu komen dekat ig ada orang tulis sama dengan siti nurhaliza tidak tapi dengar amir masdi ada iras sikit..{:8_645:}

Mary_jane Publish time 29-10-2023 10:16 PM

Mana gambar before and after?

YPM_Addora Publish time 30-10-2023 01:12 PM

hype sungguh dia ni

AyeL87 Publish time 1-11-2023 04:10 AM

pondan ke dia nih

laksmanabentan Publish time 1-11-2023 10:07 AM

AyeL87 replied at 1-11-2023 04:10 AM
pondan ke dia nih

pompuan uoolsss...
Pages: [1]
View full version: Bunda Corla Jalani Tiga Prosedur Pembedahan Wajah, Bangga Dipuji Seiras Siti Nurhaliza


ADVERTISEMENT