tatod Publish time 25-10-2023 06:56 AM

Melly Goeslow Sanggup Jual Barangan Peribadi, Bantu Kumpul Dana Untuk Rakyat Palestin

Penyanyi, Melly Goeslow tampil memberikan sokongan dengan memberikan sumbangan derma wang tunai bagi meringankan beban dan penderitaan ditanggung rakyat Palestin saat ini.


Pemilik nama sebenar, Melliana Cessy Goeslaw, 49, berkata insiatif yang dibuat ini bagi meringankan penderitaan rakyat negara berkenaan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/25/065607isjb9i9yqyfchjs0.jpg



Justeru itu, Melly melakukan pengumpulan dana dengan menjual barangan peribadi miliknya.


Difahamkan hasil jualan barangan tersebut akan disalurkan kepada aktivis yang dikenali sebagai Abu Muslim yang kini berada di Gaza.


Jualan amal itu dibuat selama beberapa jam sahaja dan berjaya mengumpul sebanyak RM226,000.


Menerusi video yang dikongsikan di media sosial itu, Melly Goeslaw mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang kepada rakyat Palestin dengan membeli barangan peribadi miliknya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/25/065630zt11cf12xzqoxisb.png


Sementara itu, Melly juga menjelaskan bahawa aktiviti penjualan barangan peribadinya itu akan dihentikan seketika kerana kesibukan kerja di Jogjakarta.


"Kebeteluan saya masih lagi shooting di Jogjakarta jadi untuk untuk preloved saat ini belum bisa," tulisnya.




Sumber: mStar

mamajawie Publish time 25-10-2023 11:33 AM

pakai tudung cenggini kan bagus molek rupanya..ni pakai kon atas kepala nampak cm badut tau

penutupbotol Publish time 27-10-2023 03:32 PM

semoga di murahkan rejeki mbak melly ini

A-Are Publish time 30-10-2023 07:47 AM

alhamdulillah...makin cantik melly goslow ni
Pages: [1]
View full version: Melly Goeslow Sanggup Jual Barangan Peribadi, Bantu Kumpul Dana Untuk Rakyat Palestin


ADVERTISEMENT