mel12 Publish time 24-10-2023 08:40 PM

Ibu suka meminta2

Edited by mel12 at 25-10-2023 01:33 AM

Saya nak minta pendapat rakan2 di sini. Kedua2 ibu bapa saya tidak lagi bekerja. Ayah ada sedikit pencen sebagai wang bulanan. Ibu pula surirumah. Mereka ada rumah, kereta2 dan sedikit wang simpanan. Tiada hutang piutang. Ini intro serba ringkas.
Setiap anak ada beri sedikit wang saku setiap bulan kepada ibu. Ibu kerap meminta dibelikan barang2. Setiap bulan tanpa gagal. Sebulan pakaian 4-5 pasang, kasut 2-3 pasang, tudung, cadar dsb.Anak2 layankan. Tapi bila pulang ke rumah ibu bapa, tengok banyak yang tidak dipakai.
Mana sempat nak dipakai sebab setiap bulan berkali2 mintak benda2 baru. Apabila ditanya ibu akan defensive. Nanti pakai lah, hari tu dah pakai pun (menipu), dah pakai banyak kali (menipu juga). Ibu akan meminta dari semua anak2.Ibu akan hantar screenshot atau link shopee/lazada/tiktok kepada kami. Ibu agak pandai bab2 ni tapi tak pandai membeli secara online. Ibu juga suka minta benda2 merapu yang kami tahu tak akan dipakai.
Sejujurnya kami layankan permintaan atas dasar sayang dan menghormati ibu. Tidaklah jatuh miskin kami apabila perlu belikan barang2 tersebut (sebabnya bukanlah ibu meminta barang2 yang teramat mahal harganya) Tetapi wajarkah kami teruskan? Sebab sejujurnya pembaziran ibu terlalu banyak. Kita anak2 orang melayu dan beragama Islam ni sangat kuat berpegang pada rezeki kita akan lancar apabila buat ibu ayah gembira. Itu yang kami turutkan walaupun tahu ibu bukan perlukan benda2 itu pun.
Jadi saya ingin meminta pendapat rakan2 di sini. Apa yang perlu kami buat?

midori888 Publish time 25-10-2023 09:18 AM

kalu tidak membebankan, beri jer apa yg ibu minta...maybe ibu gembira dpt shopping mcm2...barang2 yg tak guna, nanti bole sedekah kat org...

rospinki Publish time 25-10-2023 09:43 AM

ibu sepatutunya bagi contoh baik..bab membazir paling utama. sbgi org dewasa cakap je nasihat cara elok. dan bila dia mintak2 lagi cakap tak bole bazir2. bodo lah dah tua2 pun bodo lagi

adila39 Publish time 25-10-2023 03:56 PM

kalau x membebankan bab duit, belikan je la..atau kalau dia mintak 5 bagi 3 , kurangkan volume. nnt dia dah takde boleh sedekah or jual balik..soal bazir atau tak tindakan dia tu, tu part mak sendiri pulak la
Pages: [1]
View full version: Ibu suka meminta2


ADVERTISEMENT