mattzzx Publish time 24-10-2023 12:33 PM

Aamir Khan ‘pindah’ Chennai demi ibu

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/10/AAMIR-KHAN-1-e1698049935993.jpg
AAMIR KHAN kini mengosongkan jadual kerja demi ibu yang sedang sakit.

KASIH terhadap ibu, Zeenat Hussain mendorong aktor Aamir Khan mengambil keputusan ‘keluar’ dari Mumbai untuk berpindah ke Chennai.

Berikutan faktor usia serta masalah kesihatan, Zeenat kini terpaksa ditempatkan di sebuah pusat perubatan swasta di bandar tersebut.

Enggan berjauhan dengan ibunya, bintang filem Dangal itu memilih untuk meninggalkan seketika kerja serta komitmen lain untuk tinggal di Chennai.

Aamir juga dikatakan memilih untuk menginap di sebuah hotel berhampiran hospital sepanjang ibunya berada dalam wad.

Sebelum ini Aamir membuat pengakuan mahu berada dekat dengan keluarga tercinta selepas hampir lima dekad dalam industri perfileman.

Pada awal tahun, keluarga besar aktor itu meraikan ulang tahun Zeenat yang ke-89 secara besar-besaran di kediaman Aamir.

https://www.kosmo.com.my/2023/10/24/aamir-khan-pindah-chennai-demi-ibu/

dani-rox Publish time 24-10-2023 09:56 PM

masih hensem. dah mcm hero tamil pulak dlm gambar tuh
Pages: [1]
View full version: Aamir Khan ‘pindah’ Chennai demi ibu


ADVERTISEMENT