mattzzx Publish time 24-10-2023 11:15 AM

Yadea E8S Pro dilancarkan untuk pasaran Malaysia

https://paultan.org/image/2023/10/2023-Yadea-E8S-Pro-Electric-Scooter-2-BM.png

MForce Bike Holdings Sdn Bhd yang merupakan pengedar rasmi untuk motosikal elektrik Yadea dari China melancarkan model Yadea E8S Pro untuk pasaran Malaysia, dijual pada harga RM5,999 tidak termasuk insurans, pendaftaran dan cukai jalan.

Skuter elektrik ini datang dengan pek bateri graphene 72 volt berkapasiti 38 Ah, memberi kuasa kepada motor berteknologi TTFAR, mampu menghasilkan tork maksimum sehingga 149 Nm, serta membawanya ke kelajuan maksimum 60 km/j.

Dengan sekali cas penuh, bateri E8S Pro menyediakan jarak gerak sehingga 150 km, dan statusnya, serta informasi lain seperti kelajuan dan cara tunggangan dipaparkan pada panel meter digital berwarna di hadapan penunggang.

https://paultan.org/image/2023/10/2023-Yadea-E8S-Pro-Electric-Scooter-5-BM-630x311.jpeg

Ia juga datang dengan kelengkapan seperti skuter permulaan biasa, termasuk fork teleskopik, dua penyerap hentak di belakang, brek cakera hadapan dan belakang, lampu jenis LED serta rim 12 inci.

E8S Pro boleh dinaiki dua orang, dengan penumpang disediakan penyandar kecil di belakang, dan kemudahan lain seperti penyangkut barang serta pelantar kaki yang luas. Tinggi tempat duduk skuter ini adalah 650 mm.

https://paultan.org/2023/10/20/yadea-e8s-pro-dilancarkan-untuk-pasaran-malaysia-skuter-elektrik-dengan-jarak-gerak-150-km-rm5999/
Pages: [1]
View full version: Yadea E8S Pro dilancarkan untuk pasaran Malaysia


ADVERTISEMENT