Raline Publish time 24-10-2023 10:10 AM

Penerbit TV berdepan situasi sukar

Penerbit TV berdepan situasi sukar



https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2023-10-24_at_00.44.24_1698107416.jpg
PTVM kecewa tiada berita gembira diumumkan pada Sesi Townhall bersama Fahmi yang dihadiri hampir 500 penggiat seni, baru-baru ini.



KUALA LUMPUR: Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) mohon Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pertimbangan membantu penggiat seni terutama penerbit yang kini berdepan dengan situasi sukar disebabkan tiada 'job' daripada stesen penyiaran RTM.

Ini berikutan hanya 44 syarikat produksi terpilih untuk menerima perolehan RTM, tahun ini.

Lebih menghampakan Sesi Townhall Bersama Fahmi, baru-baru ini, tiada pengumuman bajet tambahan membantu penerbit televisyen (TV).

Presiden PTVM, Datuk Jurey Latiff Rosli, mengharapkan ada sinar baharu buat penerbit tidak berjaya selepas hanya 44 karya terpilih daripada 3,000 syarikat produksi memohon perolehan RTM.

Namun, katanya, tiada sebarang berita gembira diumumkan pada Sesi Townhall yang dihadiri hampir 500 penggiat seni itu.

"Sesi Townhall cukup penting buat penggiat seni. Disebabkan itu, ramai yang hadir untuk dengar apakah Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu RTM. Ini kerana perolehan merosot, tahun ini.

"Kami hadir dengan harapan mungkin menteri akan umumkan bajet tambahan atau ingin bantu penerbit yang kini berdepan situasi agak teruk.

"Mungkin akan bentangkan hala tuju RTM dan mohon bantuan tambahan daripada kerajaan supaya RTM boleh tambah program, sekali gus wujudkan peluang pekerjaan.

"Namun, kami pulang dengan perasaan hampa," katanya kepada BH Online.

Sebaliknya, katanya, Fahmi hanya memohon peruntukan untuk pemerkasaan rangkaian 5G pada sesi sidang media selepas Sesi Townhall, baru-baru ini.

Katanya, ia cukup menyedihkan kerana penggiat seni khususnya penerbit TV inginkan satu benda yang terancang demi kelangsungan hidup.

"Kami kecewa kerana nasib penerbit bagaikan tiada pembelaan. Kami nak mengadu kepada siapa lagi?

"Kami nak hidup dan hidangkan makanan atas meja untuk keluarga. Namun, jika 44 syarikat dapat perolehan, bagaimana dengan nasib penerbit yang lain?

"PTVM dimaklumkan akan diadakan satu lagi sesi pitching pada Disember depan. Namun, bagaimana nasib ribuan syarikat lain jika tak sampai 50 karya yang dapat," katanya.

Ujar Jurey lagi, RTM menjadi tempat penerbit TV bergantung sejak 1985 lagi.

"Selain jumlah penerima perolehan semakin mengecil, sesi pitching yang sepatutnya diadakan tiga kali tahun ini juga tidak menjadi kenyataan.

"Ketika era COVID-19, kami disuntik dana yang banyak untuk rangsang semula industri, tetapi ini tidak lagi berlaku.

"Sebelum ini, keadaan kami tidak seteruk hari ini. Apa yang diluah atau dicadangkan pasti dapat perhatian kerajaan.

"Penerbit TV seperti syok sendiri, produk sudah siap dan lulus siaran, tapi tidak tahu tarikh tayangan dan dibayar lewat hingga cecah tempoh setahun," kata Jurey.

Jurey berkata, PTVM ada mencadangkan agar RTM membuat sistem bayaran seperti stesen TV swasta iaitu bayar wang pendahuluan sebanyak 30 peratus kepada penerbit dan selebihnya selepas produk siap.

"RTM laksanakan SOP tanpa berbincang terlebih dahulu dengan penggiat industri, sebaliknya terus buat pengumuman.

"Ada penerbit terpaksa keluarkan duit banyak untuk menerbitkan program.

"PTVM pernah sarankan kepada RTM supaya membuat bayaran mengikut kaedah stesen TV swasta, namun tiada sebarang tindakan.

"Ia sebenarnya menyukarkan penerbit buat pusingan modal," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2023/10/1168702/penerbit-tv-berdepan-situasi-sukar

Pages: [1]
View full version: Penerbit TV berdepan situasi sukar


ADVERTISEMENT