mattzzx Publish time 23-10-2023 02:46 PM

PTD dianugerah beret merun, sayap penerjunan kanan kehormat

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/bridged_1697904176.jpg
DATUK Muhammad Hafizuddeain menerima penghormatan tertinggi dengan dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kanan 10 Briged (Para) di Dataran Parawood, 8 RAMD, Kem Terendak, Melaka. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan hari ini menerima penghormatan tertinggi yang dimanifestasikan melalui penganugerahan beret merun dan sayap penerjunan kanan 10 Briged (Para) di Dataran Parawood, 8 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Terendak, Melaka.

Penganugerahan berkenaan menjadikan Muhammad Hafizuddeain sebagai penerima ke-69 beret merun dan sayap penerjunan kehormat selepas Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman pada 17 April lalu.

Sel Perhubungan Raya Tentera Darat dalam kenyataan malam ini memaklumkan majlis itu bermula dengan demonstrasi dinamik 10 Briged (Para) melibatkan 40 pegawai dan 1,100 anggota melaksanakan penerjunan bebas, tempur tanpa senjata, renang tempur, tactical combat casualty care, demonstrasi menara serba guna dan serangan seksyen.

Menurut kenyataan itu, penonton turut dipersembahkan antaranya penerjunan bebas menggunakan military tactical glider dari aras 5,000 kaki menggunakan pesawat EC 725 Tentera Udara Diraja Malaysia.

Turut berlangsung pertunjukan Latihan Tempur Tanpa Senjata oleh pasukan 361 Bateri Rejimen Artileri Diraja Para yang berperanan sebagai seni membela diri termasuk tangkisan dan tumbukan.

Kenyataan itu memaklumkan majlis diteruskan dengan acara Pemakaian Beret Merun dan Sayap Kanan oleh Panglima 10 Briged (Para) Mejar Jeneral Datuk Khairul Azmizal Ahmad Natal ke atas PTD ke-30 sebelum sesi menandatangani buku lawatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/10/1022386/ptd-dianugerah-beret-merun-sayap-penerjunan-kanan-kehormat
Pages: [1]
View full version: PTD dianugerah beret merun, sayap penerjunan kanan kehormat


ADVERTISEMENT