Vellfire Publish time 22-10-2023 11:20 PM

Aaron-Wooi Yik rangkul gelaran sulung Jelajah Dunia

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/10/WhatsApp-Image-2023-10-22-at-22.39.48.jpeg

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Denmark 2023

PETALING JAYA: Beregu No. 1 Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akhirnya menamatkan kemarau gelaran pada Jelajah Dunia setelah dinobatkan selaku juara pada Terbuka Denmark di Odense, Denmark, sebentar tadi.
Pasangan No. 4 dunia itu menundukkan beregu Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana menerusi kemenangan straight set 21-13, 21-17 dalam masa 33 minit pada final.
Selama enam tahun Aaron-Wooi Yik menunggu akhirnya Odense, Denmark menjadi bumi bertuah buat mereka berdua merangkul gelaran sulung pada Jelajah Dunia.
Kejayaan tersebut membolehkan Aaron-Wooi Yik membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$62,900 (RM299,875) berserta pingat emas. – UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/sukan/2023/10/aaron-wooi-yik-rangkul-gelaran-sulung-jelajah-dunia/
Pages: [1]
View full version: Aaron-Wooi Yik rangkul gelaran sulung Jelajah Dunia


ADVERTISEMENT