Vellfire Publish time 22-10-2023 06:48 PM

Lee Zii Jia ke final Terbuka Denmark

https://suarasarawak.my/wp-content/uploads/2023/10/Lee-ji-Jia.jpg

PETALING JAYA: Lee Zii Jia berjaya mengesahkan tempat ke pentas final Terbuka Denmark selepas menundukkan pemain dari Hong Kong, Lee Cheuk Yiu dengan kemenangan straight-set 21-15, 21-17 di Arena Jyske Bank, Odense pagi tadi.
Kemenangan tersebut menyaksikan pemain perseorangan lelaki profesional negara yang berada di ranking ke-11 dunia itu mara ke perlawanan akhir kejohanan berkenaan.
Pemain yang berusia 25 tahun itu mara ke final bagi dua kejohanan berturut-turut selepas menjuarai Terbuka Finland minggu lalu.
Zii Jia memulakan aksi cemerlang, di mana dia meraih enam mata berturut-turut untuk mendahului 6-3 dan selepas itu, dia tidak pernah ketinggalan sebelum memenangi set pertama.
Bagaimanapun tentangan lebih sengit diberikan Cheuk Yiu dalam set kedua namun Zii Jia kembali mendominasi permainan, sekali gus menamatkan pertarungan selama 43 minit itu dengan kemenangan berpihak kepadanya.
Menanti Zii Jia di gelanggang akhir nanti adalah seorang lagi pemain China, Weng Hongyang yang merupakan juara Terbuka Australia

https://suarasarawak.my/lee-zii-jia-ke-final-terbuka-denmark/
Pages: [1]
View full version: Lee Zii Jia ke final Terbuka Denmark


ADVERTISEMENT