mattzzx Publish time 22-10-2023 06:13 PM

Nur Aiman sertai TSG

https://assets.bharian.com.my/images/articles/uweueuiwuioeuio_1697966537.jpg
Nur Aiman ketika merampas Jersi Putih Terbaik Asia pada perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu. - NSTP/ASWADI ALIAS.

KUALA LUMPUR: Teka teki mengenai hala tuju Muhammad Nur Aiman Rosli terjawab apabila pelumba berbasikal lebuh raya negara itu bakal mewakili pasukan benua, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) bagi musim 2024.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Operasi TSG, Nasiruddin Wan Idrus yang menyatakan Aiman bakal bersama pasukan itu selama setahun bermula 1 Januari depan.

"Permohonan sudah dibuat Aiman kepada saya pada Julai 2023 dan dia secara rasmi menghantar resume dan permohonan selepas itu. Perkara ini juga sudah dibawa kepada mesyuarat jawatankuasa pelantikan dan kontrak kakitangan dan pelumba TSG yang bersidang pada 20 Ogos 2023.

"Maka hasil daripada keputusan mesyuarat, pihak jawatankuasa pemilihan pelumba, berseutju mengambilnya dan menawarkan kontrak.



"Dia menandatangani kontrak bersama TSG untuk satu tahun bermula 1 Januari sehingga 31 Disember 2024. Kita melihat dari sudut bakat yang ada pada dirinya.

"Kita rasa sayang kalau biarkan dirinya tanpa ada pasukan yang membimbing. Pihak pengurusan TSG bersetuju memberi peluang kepadanya dan harap beri komitmen 100 peratus untuk mewakili TSG bagi tahun 2024 dan mewakili negara di mana-mana temasya akan datang," kata Nasiruddin dalam satu hantaran video kepada media, hari ini.

Pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 baru-baru ini, Aiman yang mewakili pasukan kebangsaan Malaysia berjaya menempatkan diri di tempat keenam pada Peringkat 3 dari Jeli ke Baling sekali gus menyarung Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia.

Secara keseluruhan, Aiman membuat keputusan tepat untuk menolak tawaran mewakili kontinjen negara di Sukan Asia Hangzhou apabila menamatkan LTdL 2023 di kedudukan ke-30 daripada 109 pelumba.
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2023/10/1168242/nur-aiman-sertai-tsg
Pages: [1]
View full version: Nur Aiman sertai TSG


ADVERTISEMENT