mattzzx Publish time 22-10-2023 04:57 PM

Bukan penamat yang diinginkan - Damok

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/ZK_Racing_1697961739.jpg
SYARIFUDDIN (kiri) bersyukur apabila dia tidak mengalami kecederaan. FOTO Ihsan ZK Racing

Kuala Lumpur: Satu penamat yang tidak diinginkan oleh pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman apabila gagal menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Australia yang berlangsung dalam keadaan litar basah.

Syarifuddin atau dikenali sebagai Damok antara sembilan pelumba yang tidak menamatkan perlumbaan di Litar Phillip Island selepas terjatuh pada baki tujuh pusingan perlumbaan.

Begitupun pelumba MT Helmets-MSI bersyukur apabila dia tidak mengalami kecederaan bagi meneruskan perjuangan di pusingan seterusnya di GP Thailand, minggu depan.

"Saya kecewa dengan perlumbaan hari ini. Dari awal perlumbaan pandangan saya terganggu. Saya tak nampak jalan dengan jelas. Saya hanya nampak cahaya lampu saja.

"Dalam keadaan visor berkabus, saya terpaksa redah. Saya cakap kepada diri sendiri, kalau jatuh, jatuhlah sebab saya tak nampak jalan. Alhamdulillah tak ada apa-apa dan berada dalam keadaan baik," katanya.

Katanya, dia berharap kejadian yang sama tidak berulang di GP Thailand untuk membolehkannya fokus 100 peratus dalam perlumbaan.

"Saya akur dengan apa yang berlaku di Australia ini. Saya tak boleh mengalah. Saya perlu terus bermotivasi untuk perlumbaan akan datang.

"Minggu ini sangat sukar buat saya namun terima kasih kepada pasukan yang sentiasa bekerja keras," katanya.

Tamatkan perlumbaan GP Australia Damok masih kekal dengan lima mata keseluruhan dalam perlumbaan yang dimenangi pelumba Red Bull KTM Ajo, Deniz Oncu dengan catatan 39 minit 57.919 saat (s) manakala Ayumu Sasaki (Liqui Moly Husqvarna Intact GP) di tempat kedua, 39'58.326s.

Tempat ketika adalah pelumba CFMoto Racing PruestelGP, Joel Kelso dengan catatan 40'02.311s.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/10/1022585/bukan-penamat-yang-diinginkan-damok
Pages: [1]
View full version: Bukan penamat yang diinginkan - Damok


ADVERTISEMENT