mattzzx Publish time 21-10-2023 05:08 PM

MotoGP: Jorge Martin sedia tebus kecewa di GP Australia

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/10/JORGE-MARTIN-2.jpg
MARTIN berazam untuk kembali memberikan tekanan kepada Bagnaia menjelang aksi GP Australia esok. - AFP

MELBOURNE – Pelumba utama Pramac Ducati, Jorge Martin enggan menoleh ke belakang sebaliknya memberikan fokus penuh dalam usaha menawan perlumbaan Grand Prix (GP) Australia di Litar Antarabangsa Phillip Island hari ini.

Sebagai rekod, Martin sebelum ini telah menjadi bahan kritikan apabila mendahului carta keseluruhan pelumba selepas mendominasi acara sprint, tetapi kembali dipintas juara bertahan dari Ducati, Francesco Bagnaia selepas berakhir perlumbaan sebenar pada GP Indonesia.

Kata Martin, apa yang berlaku di Litar Mandalika itu sudah dilupakan sepenuhnya dan tumpuan utama kali ini adalah untuk merapatkan kembali jurang mata dengan Bagnaia andai berhasrat untuk merampas gelaran dunia.

“Difahamkan saya menjadi orang paling singkat menerajui carta pelumba dalam sejarah kerana kurang 24 jam. Harap saya dapat kembali berada pada prestasi terbaik untuk sekurang-kurangnya mengheret penentuan juara ke penghujung musim ini.

“Di atas litar, apa sahaja boleh berlaku dan saya cuba untuk menjadi kompetitif. Misi saya adalah untuk memastikan peluang masih terbuka ketika berlumba pada GP Valencia nanti.

“Namun, saya tidak mahu fikir terlalu jauh kerana buat masa sekarang fokus adalah untuk menawan Litar Philip Island dan litar ini bukanlah kegemaran saya, tetapi saya tetap berikan yang terbaik,” kata pelumba kelahiran Sepanyol berusia 25 tahun itu.

Martin kini telah mengutip 328 mata selepas mengharungi 15 perlumbaan musim ini dengan dibezakan 18 mata berbanding Bagnaia ketika saingan hanya berbaki lima perlumbaan GP di Australia, Thailand, Malaysia, Qatar dan Valencia. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/10/21/motogp-jorge-martin-sedia-tebus-kecewa-di-gp-australia/
Pages: [1]
View full version: MotoGP: Jorge Martin sedia tebus kecewa di GP Australia


ADVERTISEMENT