mattzzx Publish time 21-10-2023 05:06 PM

Pemandu F1 bengang denda tak masuk akal

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/denda111_1697767177.jpg
GEORGE Russell. FOTO REUTERS

Austin: Barisan pemandu Formula Satu (F1) meluahkan rasa terkejut selepas badan induk sukan itu menambah empat kali ganda jumlah denda yang boleh dikenakan kepada mereka iaitu maksimum satu juta euro (RM5 juta).

Perubahan kepada Kod Sukan Antarabangsa (ISC) itu diluluskan pada mesyuarat Majlis Sukan Permotoran Dunia FIA di Geneva.

Alasan yang diberikan ialah denda maksimum 250,000 euro (RM1.26 juta) sebelum ini tidak disemak atau dipinda sekurang-kurangnya dalam tempoh 12 tahun lalu.

George Russell dari Mercedes yang juga pengarah Persatuan Pemandu Grand Prix (GPDA) berkata, denda maksimum itu tidak masuk akal.

"Pada tahun pertama saya di Formula Satu (bersama Williams), saya mendapat gaji lima angka tetapi sebenarnya kehilangan lebih enam angka kerana perlu membayar jurulatih saya, membayar penerbangan, membayar pembantu," katanya kepada pemberita di Grand Prix Amerika Syarikat (AS).

Pemandu Ferrari, Charles Leclerc berkata dia tidak faham mengapa perlu dikenakan penalti sebanyak itu manakala pemandu Haas, Kevin Magnussen, yang pasukannya mempunyai bajet terkecil turut berkata ia tidak masuk akal.

"Charles boleh memberikan jam tangannya tetapi saya akan menghilangkan diri, tidak akan ditemui lagi," kata pemandu Denmark itu.

Leclerc mempunyai jam tangan eksklusif Richard Mille, yang dilaporkan bernilai lebih daripada AS$2 juta (RM9.5 juta), dicuri di Itali tahun lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/10/1021848/pemandu-f1-bengang-denda-tak-masuk-akal
Pages: [1]
View full version: Pemandu F1 bengang denda tak masuk akal


ADVERTISEMENT