mattzzx Publish time 21-10-2023 05:03 PM

Zarco akhiri kemarau di Phillip Island

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/MOTO-PRIX-AUS-MOGP-PODIUM_1697876148.jpg
ZARCO meraikan kejayaan di GP Australia. FOTO AFP

Phillip Island: Johann Zarco dari Perancis memenangi saingan MotoGP Australia yang mendebarkan hari ini dengan memintas Francesco Bagnaia di pusingan terakhir untuk meraih kemenangan sulung musim ini.

Pelumba Ducati-Pramac itu memintas pendahulu keseluruhan dan pencabar kejuaraan dunia, Jorge Martin di hujung saingan untuk melintasi garisan penamat dengan hanya 0.201 saat (s) di depan Bagnaia dari pasukan Ducati Lenovo Team.

"Saya terkejut melihat Martin jatuh, jadi saya fikir sesuatu boleh berlaku," kata Zarco yang berusia 33 tahun selepas muncul juara pada penampilan Grand Prix buat kali ke-120.

"Untuk melintasi garisan penamat terlebih dahulu selepas banyak perlumbaan, ia benar-benar menyentuh emosi. Saya tidak mahu menangis pada masa ini, tetapi saya fikir ia akan datang.

"Ini adalah trek yang semua orang suka, dan jika anda boleh menang di sini, anda rasa anda adalah sebahagian daripada nama besar," tambahnya.

Pelumba muda Gresini, Fabio Di Giannantonio mendapat tempat ketiga di Phillip Island untuk podium pertamanya.

Brad Binder dari KTM berada di tempat keempat, dengan kurang satu saat memisahkan empat teratas.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/10/1022299/zarco-akhiri-kemarau-di-phillip-island
Pages: [1]
View full version: Zarco akhiri kemarau di Phillip Island


ADVERTISEMENT