tatod Publish time 20-10-2023 09:21 AM

Haqiem Stopa Diamkan Diri, Kembali Bangkit Selepas Kontroversi

Pempengaruh media sosial, Haqiem Stopa mendedahkan mengalami kerugian kira-kira RM100,000 selepas peristiwa hitam membabitkan dirinya Disember tahun lalu.


Haqiem atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 23, ketika ditemui berkata, dalam tempoh tiga bulan dia mengalami kerugian RM90,000 membabitkan perniagaannya. Dia juga kerugian RM10,000 membabitkan wang hantaran kahwin menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM100,000.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/20/092024mz0zm8bnx7ll88ml.jpg


"Selepas bertunang saya terus tempah dewan dan bayar deposit. Selepas kejadian, orang boikot saya dan perniagaan turut merudum. Untuk cuci nama agak susah. Jadi saya buat keputusan mendiamkan diri buat sementara.


"Ada banyak sebab saya mendiamkan diri. Salah satunya sebab nak perbaiki diri, nak pulihkan perniagaan dan perbaiki dalam banyak benda. Itu sebab saya diam," katanya ditemui pada sidang media Event Legacy Rider di KL Base, Sungai Besi, di sini.



Haqiem berkata, dia akan kembali bangkit mencipta nama semula menerusi acara permotoran yang akan berlangsung di lokasi terbabit pada 27 dan 28 Oktober ini.


"Sebelum ini saya memang banyak lari dari media buat sementara. Apabila media kerap bertanya, kontroversi itu makin lama makin banyak. Jadi saya tak ada masa untuk perbaiki diri. Saya sentiasa akan dikaitkan dengan isu-isu yang lepas walaupun dah lama.


"Tahun ini dah tahun ketiga kontroversi tapi masih lagi orang tanya isu yang sama. Jadi baiklah saya diam dulu. Sekarang saya buat projek secara berkumpulan. Saya kini salah seorang duta untuk Legacy Rider 2.0. Saya rasa lebih baik diam sebab kalau jawab lagi memburukkan keadaan," katanya.


Sebelum ini, Haqiem didakwa menyimpan gambar dan video lucah wanita berumur 21 tahun di dalam galeri telefon bimbit jenama Iphone 13 Pro Max dan Iphone 7 Plus miliknya di sebuah rumah di Rawang pada 4.30 petang, 9 Disember tahun lalu.



"Saya betul atau salah mereka sentiasa akan hukum saya. Jadi baiklah saya diam diri dan cukup sekadar satu atau dua kenyataan dikeluarkan menjelaskan saya tak bersalah dan sekarang baru saya keluar untuk Legacy Rider 2.0," katanya.






Sumber: Harian Metro



electricopop Publish time 20-10-2023 10:30 AM

Who are herrrr

Kentot_Wangi Publish time 20-10-2023 11:19 AM

Ini lah idol yg skolah panggil utk bg ceramah dekat pelajar2. Hoho

Thunderclouds Publish time 20-10-2023 11:31 AM

Taktik biasa.
Lari jap masuk gua bila nama busuk.
Org kita lak cepat naw hilang ingatan, nnt menyembah la blk tuhh
Pages: [1]
View full version: Haqiem Stopa Diamkan Diri, Kembali Bangkit Selepas Kontroversi


ADVERTISEMENT