tatod Publish time 20-10-2023 09:05 AM

Cinta Laura Tolak Tawaran Jadi Menteri, Tak Nak Jadi Patung

Selebriti Indonesia, Cinta Laura Kiehl mendedahkan dia pernah ditawarkan memegang jawatan sebagai menteri dalam kerajaan Indonesia.


Laura, 30, bagaimanapun memaklumkan dia menolak tawaran itu kerana merasakan jawatan itu bercanggah dengan prinsip hidupnya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/20/090545nt0qb2wxdbk33xbx.jpg



"Saya tak mahu ikut pandangan atau nilai orang lain yang ada belakang saya nanti, prinsip saya berbeza" katanya.


Wanita berdara berdarah Jerman kacukan Indonesia ini juga tidak mahu berpura-pura jika menerima tawaran berkenaan.


"Saya selalu lihat ahli politik pada awalnya selalu berfikiran terbuka, bijak dan ada semangat jati diri muda yang tinggi, tapi setelah sertai politik terus berubah macam seolah-olah jadi patung pula," jelasnya.


Dalam pada itu, meskipun menolak tawaran menjadi menteri, Laura mempunyai visi dan misi tersendiri dalam menyuarakan pandangan isu semasa menerusi platform media sosialnya.


“Biarlah saya gunakan platform media sosial bagi menyuarkan isi hati rakyat.


“Dengan cara itu saya dapat mencapai misi serta visi saya dengan lebih telus,” katanya.




Sumber: mStar

prince_marhaen Publish time 20-10-2023 09:37 AM

sheols ni cantik betul...bijak pulak tu..

zuuu Publish time 20-10-2023 07:40 PM

Biar betul,nampak lain muka dia,waktu dia berlakon senetron aq dh xingt namanya kat tv2 dulu dia mmg cantik sanggat2...

mxngchii Publish time 22-10-2023 03:37 PM

zuuu replied at 20-10-2023 07:40 PM
Biar betul,nampak lain muka dia,waktu dia berlakon senetron aq dh xingt namanya kat tv2 dulu dia mmg ...

I ingat yang dia belakon dekat cinderella ngan upik abu dan laura tu je huhuhu dgn pelat dia tu lagi
{:gif_deepika:}

takayama Publish time 22-10-2023 06:45 PM

Lainnya muka dia sekrg, rs last tgk dia berlakon kt sinetron x mcm ni muka dia. Tapi mungkinlah sejajar dgn pertambahan usia maka muka pun berubah jd dewasa
Tapi bgslah dia x menjdkan diri dia boneka

penutupbotol Publish time 27-10-2023 03:31 PM

she is pretty
Pages: [1]
View full version: Cinta Laura Tolak Tawaran Jadi Menteri, Tak Nak Jadi Patung


ADVERTISEMENT