seribulan Publish time 27-1-2011 11:14 AM

...erti KASIH (Imam Ghazali)...

Edited by seribulan at 8-2-2017 11:07 AM




...salah satu falsafah pemikiran Imam al-Ghazali yang menyebut bahawa seseorang kanak-kanak yang diajarkan erti berkasih sayang, dia akan berlatih mengasihi orang lain...

chewan Publish time 27-1-2011 11:44 AM

jom sama2 kita berkasih :$

seribulan Publish time 27-1-2011 03:55 PM

http://pmr.penerangan.gov.my/blogperdana/wp-content/uploads/2009/10/alia.jpg

cik.panda Publish time 28-1-2011 01:04 PM

mari amalkan budaya berkasih sayang :loveliness:

cik.panda Publish time 28-1-2011 01:05 PM

nape laa seri tepek muka budak kena dera tuh :'( :'(

roblucci Publish time 28-1-2011 09:30 PM

oh..cinta...

NEMESIS Publish time 9-2-2011 11:30 PM

kasih sayang.... berkurang tak boleh. berlebih pun tak boleh. tapi memang tak dinafikan yg benda ni (hal berkasih sayang) semasa kecik akan pengaruhi sampai ke besar. kemungkinan tu ada. emotional scar bukan mudah nak sembuh. ia akan pengaruhi trait pemikiran & perasaan individu. bagaimana dia berfikir. merasa. & seterusnya menyalurkannya melalui tutur kata & tingkah laku.

ajarkan mereka erti berkasih sayang. & ajarkan juga mereka tentang imbangan. balance. batas. kalau kasihkan orang lain, perlu juga kasihkan diri sendiri. harus ada kasih sayang untuk diri sendiri. sbb bila kasih orang lain pudar/hilang, masa tu la kasih diri sendiri yg akan menyelamatkan. juga kasih pada Allah (jika muslim).

kena ada balance. & kena ada batas.

kk_o Publish time 10-2-2011 06:22 PM

telah bersabda Rasulullah saw
"tidak akan masuk syurga selain pengasih"

mereka bertanya, " ya rasulullah,tiap2 kami pengasih"

rasulullah saw bersabda
"bukanlah pengasih orang yg menyayangi dirinya sahaja.tetapi pengasih itu orang menyayangi orang lain seperti menyayangi dirinya sendiri"


** copy bulat2 dari terjemahan mukshafah al qulub**

seribulan Publish time 8-4-2011 11:56 AM

lebih ramai yang narsisstik..

winamp05 Publish time 29-4-2011 12:51 AM

Marilah kita jalinkan,
kasih sayang sesama kita,
ia telah lama hilang,
tambah gersang dihati ini,

kita siram kembali,
dengan air iman yg suci,
dengan menabur budi,
kepada semua manusia,

bila hati gembur dan subur semula,
benih mahmudah, akan tumbuh kembali,
ia kan berdaun, subur dan berbuah,
memberi manfaat semua kepada penghuni taman yang gersang,

jangan kita biarkan hati ini,
gersang dari kasih sayang,
manusia akan terumbang ambing,
hidup dinunia ini,
pangkat dan kekayaan tiada erti,
bila kasih sayang tak dimiliki,

berkasih sayang, perintah Allah
diantara sifat Allah, kasih kepada hambanya,
Allah sangat sayang, pada hamba yang berkasih sayang,
jalinkanlah kasih sayang, untuk keredhaanNya,

hati sudah lama menderita,
kekosongan kasih sayang,
tanamkan semula jangan biarkan,
jangan biarkan berlama lama
sudah lama manusia hidup,
dalam derita lagi sengsara,
ayuh kita suburkan semula,
kasih kan sesama sama manusia.

arinn Publish time 8-2-2017 11:16 AM

Edited by arinn at 8-2-2017 11:18 AM


                                                                                                                                                                        



DEFINISI KASIH SAYANG:
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.



CIRI-CIRI NILAI KASIH SAYANG
1. Kasih sayang lahir dari hati yang ikhlas dan tidak dipengaruhi oleh emosi atau orang lain.
2. Perasaan sayang sesama manusia akan melahirkan suasana yang harmoni manakala sayang kepada alam akan menjadikan persekitaran terpelihara.
3. Sifat ini perlu dipupuk dari kecil dalam diri anak-anak agar kehidupan lebih sejahtera.
4. Sentiasa menghargai nyawa haiwan dan tidak menganiayainya.
5. Perlu juga wujudkan sikap perikemanusiaan dalam diri agar dapat membantu menyelamatkan nyawa yang tidak berdosa.

KESAN TIDAK MENGAMALKAN KASIH SAYANG

[*]Tidak diberkati Tuhan
[*]Sentiasa berada dalam keadaan bermasalah dan tidak tenteram
[*]Mendapat balasan Tuhan di neraka


miss.emy Publish time 8-2-2017 04:11 PM

Pengalaman i mengajar anak-anak untuk berkasih sayang (skop kasih sayang yang i nak cerita ni meluas)

Kasih Sayang dan kesantunan

1. Tidak menjerit ketika marah. (ada kalanya terlepas jugak, of course). Kesannya, anak2 akan lebih absorb apa yang kita nak sampaikan, kenapa kita marah, kenapa kesalahan tu tak boleh berulang. InsyaAllah i rasa bile dah besar nanti, mereka akan menjadi manusia yang berhemah apabila berkomunikasi dengan orang lain

2.Bercakap pada eye-level. Tolong jangan bagi anak mendongak pada kita apabila kita bercakap. sebabnya i nak ada eye contact. Kesannya, i rasaanak2 rasa lebih selamat, more in control, more connected dengan kita. InsyaAllah i rasa ini membantu untuk membina keyakinan dan melatih mereka mengawal keadaan

3. Tidak mengata/menyumpah (curse) orang di depan anak. mungkin kadang2 dalam telefon kita dok mengata orang, anak sedang mendengar. mungkin dalam kereta , kite menyumpah2 kereta2 yang ada di sekeliling, anak sedang mendengar. Elakkan bende2 nih sebegini depan anak2. Kesannya InsyaAllah anak2 akan lebih terdidik untuk tidak menggunakan perkataan2 "jahat" dalam kehidupan harian.

Kasih sayang dengan Pencipta

4. Solat berjemaah bersama-sama. ini sebenarnya yang terpenting. (walaupun item ke-4). sebab pada pendapat i, masa ni i nak ajar anak i cintakan Allah dan rasul. dari bacaan sehinggalah kepada doa. kesannya, hati anak2 lebih lembut untuk menerima nasihat, iman akan terdidik, hubungan dengan quran lebih rapat, kasih sayang antara keluarga lebih erat.

Kasih sayang sesama manusia

5. i akan selalu ingatkan pada anak2 harapan kami sebagai ibubapa. jauh sekali untuk mengungkit, tapi i ingatkanselalu betapa pentingnya menyayangi, menghormati ibubapa. kami akan selalu menunjukkan rasa hormat antara satu sama lain( antara suami isteri ), rasa hormat kami pada ibubapa dan adik beradik depan anak2. Kesannya mereka faham bahawa ibubapa ada peranan masing2, saling melengkapi. InsyaAllah harapannya bile besar nanti, mereka tahu menghargai suami/isteri/ adik beradik/iparduai dll.

dah macam karangandah i buat ni. i seronok nak share dan pada masa yang sama peringatan untuk i untuk tidak jemu mendidik anak dengan kasih sayang dan berhemah, agar mereka membesar menjadi insan yang berakhlak tinggi.

seribulan Publish time 9-2-2017 08:28 AM

miss.emy replied at 8-2-2017 03:11 PM
Pengalaman i mengajar anak-anak untuk berkasih sayang (skop kasih sayang yang i nak cerita ni meluas ...

mantop ni :C

Elle_mujigae Publish time 9-2-2017 04:56 PM

miss.emy replied at 8-2-2017 04:11 PM
Pengalaman i mengajar anak-anak untuk berkasih sayang (skop kasih sayang yang i nak cerita ni meluas ...

nice...thanks for sharing pengalaman miss.emy...:loveliness:

Elle_mujigae Publish time 9-2-2017 04:59 PM

kasih sayang..

kasih
sayang

kasih mesti bersama dengan sayang..kenapa bukan kasih cinta, kasih baik,kasih jujur ya...{:questionohehe wondering pula...

seribulan Publish time 12-2-2017 11:46 AM

Copy from FB...

We pray because of one simple reason: We love Allah. It’s the loving Allah part that makes it easy. It’s the loving Allah part that makes you stand up when you’re exhausted. Without that piece of the puzzle, nothing else will make salah stick.

Metinpehlivan Publish time 11-3-2017 07:00 AM

This is correct . I was not raised to be a lovable person but my husband was .. memang Kami berbeza . Now I want to be as lovable as I can to my kids .

hearthati714 Publish time 16-4-2017 04:31 PM

Ajarkan aku erti kasih sayang
Berkasih sayang bukan kerana terpaksa tetapi rela

Ajarkan aku erti kasih sayang
Menegur bukan kerana ego
Tetapi kerana sayang takut mereka tersalah

Ajarkan aku erti kasih sayang
Menyampaikan sesuatu kerana sayang bukan kerana aku lebih baik dari mereka

Ajarkan aku erti kasih sayang
Membawa persahabatan sampai ke pintu syurga bukanlah ke pintu neraka

Ajarkan aku erti kasih sayang
Layanan baikku untuk adik adik usrah mampu untuk ku layanan sebegitu kepada keluarga sendiri

Ajarkan aku erti kasih sayang
Berusaha sehabis baik untuk kebaikan lain sehingga aku terlarut membantu mereka

Ajarkan aku erti kasih sayang
Tidak berhenti dalam mendoakan kebaikan untuk mereka, takutkan mereka terlarut dengan dunia

Ajarkan aku erti kasih sayang
Membimbing mereka sehingga mereka menjadi lebih baik dan terus menjadi lebih baik

Ajarkan aku erti kasih sayang
Sentiasa melihat kebaikan dalam mereka sehingga aku mampu mengeluarkan yang terbaik dari mereka

Ajarkan aku erti kasih sayang
Inginkan kebaikan untuk mereka seperti mana aku ingin yang terbaik untuk diri

Ajarkan aku erti kasih sayang
Mendahulukan mereka atas apa yang aku sayangi melebihi keperluan aku terhadap sesuatu

Ajarkan aku erti kasih sayang
Beradab dan melayani mereka dengan cara yang mereka sukai bukan dengan cara yang aku sukai terhadap mereka

Ajarkan aku erti kasih sayang

Ajarkan aku erti kasih sayang

Dan teruslah ajarkan aku erti kasih sayang

Maka teruslah ajarkan aku erti kasih sayang

Lagi, janganlah engkau berhenti ajarkan aku erti kasih sayang

Jika benar engkau menyayangi aku

Angel24 Publish time 16-4-2017 06:08 PM

Anak2 belajar dari persekitaran, dan tempat pertama ialah rumah. What they see happening inside the house will be imprinted in their mind and will be their first point of reference. Simple things like smiling to each other, or saying thank you to your husband. Those simple action that they learned from us will be the building blocks of their personality.

kzr333 Publish time 18-4-2017 11:36 PM

seribulan replied at 27-1-2011 11:14 AM
...salah satu falsafah pemikiran Imam al-Ghazali yang menyebut bahawa seseorang kanak-kanak yang ...

6 pesanan imam ghazali.. lets spread the love..
Pages: [1] 2 3
View full version: ...erti KASIH (Imam Ghazali)...


ADVERTISEMENT