tari Publish time 19-10-2023 02:48 PM

400 anjing, kucing cuba diseludup diselamatkan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HM1910cat_1697690083.jpg
FOTO HIASAN
Madrid: Lebih 400 haiwan kebanyakannya anjing dan kucing diselamatkan polis, sebahagian daripada operasi yang memusnahkan kumpulan pemerdagangan haiwan peliharaan antarabangsa dengan penahanan 13 orang, kata polis Sepanyol pada Rabu.
Polis dalam kenyataannya menjelaskan, kumpulan pemerdagangan haiwan itu disyaki mengimport haiwan secara haram dari timur Eropah, di dalam kenderaan kecil yang mempunyai pengudaraan yang buruk dalam jarak lebih 2,000 kilometer.
Menurut kenyataan itu, keadaan tidak bersih menyebabkan beberapa haiwan itu menghidap penyakit berjangkit, dengan ada yang mati.
Pihak berkuasa mengesyaki kumpulan itu memalsukan dokumen untuk menggambarkan haiwan yang sakit sebagai sihat apabila ia dijual.
Polis memulakan siasatan mereka pada penghujung 2020 selepas menerima beberapa aduan mengenai keadaan tidak bersih di sebuah kedai haiwan peliharaan di tengah-tengah Barcelona.
Polis kemudian menyelamatkan 33 anjing yang sakit dan mendapati bahawa dokumen haiwan itu 'mempunyai anomali yang jelas', yang menyebabkan siasatan lanjut dilakukan untuk mengetahui dari mana haiwan peliharaan itu berasal.


Polis berkata, mereka menemukan lebih 400 haiwan dan menahan 13 orang sebagai sebahagian daripada operasi yang dijalankan bulan lalu terhadap kumpulan yang aktif di Barcelona, Madrid, Andorra dan timur Eropah itu.
Pemerdagangan boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan awam kerana haiwan peliharaan yang dibiak secara haram selalunya tidak diberi vaksin, boleh menyebarkan rabies, parasit dan penyakit berjangkit kepada manusia serta ternakan.
Pengguna yang tertarik dengan harga rendah sering membeli haiwan peneman dalam talian tanpa menyedari risikonya.
Suspek menghadapi tuduhan penderaan haiwan, penipuan, pemalsuan dokumen dan pengubahan wang haram.
Undang-undang kebajikan haiwan baharu yang berkuat kuasa di Sepanyol pada September melarang pembelian haiwan peliharaan di kedai atau dalam talian, tetapi memberi tempoh tangguh kepada kedai untuk mencari rumah untuk haiwan mereka.
Pada masa hadapan, pembelian hanya sah untuk membeli haiwan peliharaan daripada penternak berdaftar.
sumber





Pages: [1]
View full version: 400 anjing, kucing cuba diseludup diselamatkan


ADVERTISEMENT