mattzzx Publish time 19-10-2023 10:46 AM

Verstappen buru kemenangan ke-50

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/max302_1697682574.jpg
VERSTAPPEN ketika sesi temuramah. FOTO AFP

Austin: Max Verstappen berharap dapat meraikan kemenangan ke-50 dalam karier Formula Satunya di Grand Prix Amerika Syarikat (AS) dekat Austin hujung minggu ini.

Pemandu Red Bull itu meraih kemenangan pada dua tahun terakhir di Circuit of the Americas (COTA) yang kali ini akan menyaksikan format perlumbaan pecut pada Sabtu sebelum perlumbaan sebenar, Ahad ini.

Verstappen meraih kemenangan ke-14 dalam 17 perlumbaan dan merangkul kejuaraan dunia ketiganya di litar Lusail tetapi pemandu berusia 26 tahun itu masih memburu rekod dan tidak akan berputus asa.

"Dia mahu memenangi setiap perlumbaan, sama-sama kita lihat jika itu akan berlaku," kata bapanya, Jos kepada Reuters apabila ditanya mengenai motivasi Verstappen untuk baki lima perlumbaan.

Pemandu Belanda itu mengatasi 41 kemenangan diraih juara dunia tiga kali, Ayrton Senna pada Jun lalu dan kemenangan di Austin akan membolehkannya menyamai juara empat kali Alain Prost yang meraih 51 kemenangan pada perlumbaan berikutnya di Mexico.

Verstappen bagaimanapun kekal tenang dan enggan terlalu memikirkan soal memburu rekod.

"Suhu agak terlalu tinggi jadi saya menjangkakan satu lagi perlumbaan yang sukar," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/10/1021567/verstappen-buru-kemenangan-ke-50
Pages: [1]
View full version: Verstappen buru kemenangan ke-50


ADVERTISEMENT