Vellfire Publish time 18-10-2023 11:35 PM

Langkah Tze Yong di Denmark terhenti awal

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/10/Ng-Tze-Yong-2.jpg

CABARAN Ng Tze Yong pada Terbuka Denmark berakhir seawal pusingan pertama.

[*]Oleh Meja Sukan
[*]18 Oktober 2023, 7:52 pm

PETALING JAYA: Hanya seminggu selepas mara ke final Terbuka Artik di Vantaa, Finland minggu lalu, Ng Tze Yong gagal meneruskan kecemerlangannya apabila tersingkir seawal pusingan pertama badminton Terbuka Denmark di Odense hari ini.
Zii Yong yang baru menikmati kenaikan dua anak tangga dalam ranking dunia ke kedudukan ke-17 kelmarin, tumpas 18-21, 11-21 kepada pemain China, Lu Guang Zu 1 di Arena Jyske Bank di Odense.
“Saya tidak bermain baik hari ini, mungkin disebabkan tubuh badan saya belum pulih sepenuhnya (selepas beraksi sehingga final pada Terbuka Artik). Ini pengalaman yang saya boleh belajar.
“Saya tidak dapat fokus 100 peratus, itu final pertama saya…jadi saya perlu belajar lagi bagaimana cara untuk mengawalnya bagi menghadapi kejohanan seterusnya,” kata Tze Yong kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas tamat perlawanan, hari ini.
Beregu lelaki negara yang turut muncul naib juara Terbuka Artik, Man Wei Chong-Tee Kai Wun juga gagal meneruskan kemaraan di Terbuka Denmark.
Wei Chong-Kai Wun tunduk di tangan beregu Jepun, Akira Koga-Taichi Saito 18-21, 16-21 dalam tempoh 46 minit.
Sementara itu, beregu wanita profesional negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien berjaya mara ke pusingan kedua selepas mengatasi pasangan Jerman, Linda Efler-Isabel Lohau menerusi kemenangan 21-18, 19-21, 21-17. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/sukan/2023/10/langkah-tze-yong-di-denmark-terhenti-awal/
Pages: [1]
View full version: Langkah Tze Yong di Denmark terhenti awal


ADVERTISEMENT