Vellfire Publish time 18-10-2023 11:11 PM

Tiga PBT di Johor bakal guna kenderaan elektrik awal 2024

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2023/10/18/2389555.jpg
Mohd Jafni memandu uji kenderaan elektrik yang akan digunakan MBIP.ISKANDAR PUTERI - Tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) melibatkan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) bakal menggunakan kenderaan elektrik (EV) mulai awal tahun hadapan.Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, langkah berkenaan bertepatan dengan inisiatif teknologi hijau yang ditekankan dalam agenda Maju Johor.
“Kita akan mulakan dengan tiga bandar raya tahun depan diikuti oleh PBT, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan seterusnya di peringkat majlis daerah yang dari segi hasil agak kurang namun kita akan tengok untuk fasa yang seterusnya.
“Bagaimanapun, perkara tersebut juga bergantung kepada kekangan bajet, macam hari ini bajet diputuskan tahun lepas, tahun depan diputuskan tahun ini. Sebab itu kebanyakan PBT gunakan kaedah sewa beli, sewa bayar secara bulanan dan kalau ada kerosakan, penyelenggaraan di peringkat Sime Darby.
“Sebenarnya bentuk sewa ini bagus kerana apa sahaja kerosakan akan ditanggung oleh pihak pembekal di peringkat awal dan mungkin di masa akan datang, di peringkat PBT itu sendiri dah pandai selenggara...barulah putuskan untuk pembelian,” katanya.
https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2023/10/18/2389554.jpg
Mohd Jafni (tiga dari kiri) menyaksikan majlis penyerahan EV kepada MBIP.
Mohd Jafni berkata demikian pada sidang media sempena majlis penyerahan EV kepada MBIP pada Rabu.

https://www.sinarharian.com.my/article/630086/edisi/johor/tiga-pbt-di-johor-bakal-guna-kenderaan-elektrik-awal-2024

Themilo Publish time 19-10-2023 07:28 AM

PBT bertaraf Majlis Bandaraya banyak hasil dari cukai, memang mampu la subscribe EV. PBT bertaraf Majlis Daerah rasanya belum layak lagi kot?
Pages: [1]
View full version: Tiga PBT di Johor bakal guna kenderaan elektrik awal 2024


ADVERTISEMENT