tatod Publish time 18-10-2023 03:10 PM

Song Joong Ki Tak Putus Asa Cipta Nama Di Hollywood Walaupun Banyak Kali Gagal Uji Bakat

Percubaan pelakon Song Joong Ki melebarkan sayap di Hollywood beberapa kali menemui kegagalan apabila sering ditolak ketika menghadiri uji bakat.


Joong Ki bagaimanapun memberitahu perkara itu tidak pernah membuatkan dia berputus asa sebaliknya akan kembali mencuba nasib selepas selesai menjalani penggambaran filem Hopeless.


Kata Joong Ki, dia yakin mempunyai keistimewaan tersendiri dan mahu meneroka budaya berbeza bagi mengelakkan dia sering menerima tawaran sama di Korea Selatan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/18/151009kke3r9ndumdeed3j.jpg



"Secara peribadi saya cuba untuk tidak berlakon watak yang pernah dilakonkan sebelum ini.


"Selepas selesai menjalani penggambaran filem Hopeless, saya merancang untuk ke luar negara bagi menyertai beberapa sesi uji bakat.


"Saya sering ditolak sebelum ini... jadi saya harap akan berjaya kali ini kerana saya mahu berlakon dalam konteks budaya yang berbeza," katanya.


Apabila ditanya tentang matlamatnya sebagai pelakon, aktor berkenaan memberitahu dia mahu mengembangkan lagi bakat lakonannya dengan melakonkan watak lebih mencabar.


"Saya mahu meluaskan lagi kerjaya saya... itu sebab saya mengambil pelbagai cabaran dalam lakonan.


"Saya mahu menjadi pelakon yang membuatkan peminat tertunggu-tunggu untuk menantikan karya saya," ujarnya.


Sebelum ini, Joong Ki pernah membintangi beberapa siri drama popular termasuk Arthdal Chronicles, Descendants of the Sun, Vicenzo, Reborn Rich dan banyak lagi.




Sumber: mStar

Page88 Publish time 29-10-2023 02:34 AM

No one in Hollywood wants him as he is not good enough.
Pages: [1]
View full version: Song Joong Ki Tak Putus Asa Cipta Nama Di Hollywood Walaupun Banyak Kali Gagal Uji Bakat


ADVERTISEMENT