tatod Publish time 18-10-2023 03:05 PM

Sunny Deol Tak Minum Arak, Tak Faham Kenapa Orang Suka Alkohol

Aktor Sunny Deol mengatakan dia tidak faham mengapa ada segelintir orang begitu ghairah dan terpesona dengan arak.

Sunny selain tidak merokok, dia juga tidak pernah menyukai alkohol atau arak.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/18/150518axp8rzppenir7ik7.jpg



"Saya rasa arak mempunyai bau yang busuk, terlalu pahit dan akan membuatkan kita sakit kepala. Saya benar-benar tidak faham mengapa ada orang yang menyukai arak," katanya.


Deol yang juga seorang pengarah itu bagaimanapun mengakui pernah mencuba untuk minum arak namun tidak akan menjadikan minuman itu sebagai minuman wajib atau sesuatu yang digemari.


"Saya pernah rasa arak ketika hadir semua majlis di England. Tetapi, saya tidak dapat menikmatinya. Saya tidak faham fungsi arak untuk saya," katanya.


Tambahnya lagi, tidak ada keperluan buatnya untuk mengambil minuman keras itu.


Deol berkongsi perkara itu ketika mengulas kali pertama dia 'menangkap' anaknya, Rajveer sedang minum alkohol.




Sumber: Gempak

Kentot_Wangi Publish time 18-10-2023 03:40 PM

Baik minum ketum.. Haha

esbok Publish time 18-10-2023 04:30 PM

memang busuk pun bau arak, pening betul kalau masuk hotel terkena bilik baru pesta

marchikobonzo Publish time 19-10-2023 11:17 AM

Bau busuk masam, sakit hidung kalau jalan kat bangsar weekend night

Page88 Publish time 29-10-2023 02:35 AM

He doesn't drink that's good.

Buritan Publish time 29-10-2023 12:58 PM

Ce try minum todi mgkin sodap.. hahaha

any42 Publish time 29-10-2023 05:30 PM

Ok nextttttttt

Yoonggi Publish time 1-11-2023 01:45 PM

Bgs ler. Aku pun x phm knp org minum alcohol nih.

JahLupa Publish time 1-11-2023 11:34 PM

Elok le tu..
Pages: [1]
View full version: Sunny Deol Tak Minum Arak, Tak Faham Kenapa Orang Suka Alkohol


ADVERTISEMENT