Raline Publish time 18-10-2023 12:54 PM

F1: McLaren azam pintas kedudukan Ferrari

F1: McLaren azam pintas kedudukan Ferrari


https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/10/MCLAREN.jpg
NORRIS yakin dengan peningkatan kemampuan jentera McLaren membolehkan mereka mampu memintas kedudukan Ferrari dalam kategori pengeluar musim ini. - AFP


LONDON – Pasukan McLaren memberi amaran kepada Ferrari bahawa mereka akan lebih agresif dalam baki lima pusingan perlumbaan Formula Satu (F1) untuk mengatasi pasukan Itali tersebut.

Sewaktu perlumbaan di Qatar baru-baru ini, pasukan McLaren mencipta kejutan apabila pemandu sensasinya, Oscar Piastri tampil dengan pemanduan terbaik apabila menjadi pasukan pertama yang menewaskan Red Bull dalam perlumbaan Sprint.

Lebih menarik, McLaren turut menamatkan saingan di Litar Antarabangsa Losail dengan keputusan dua podium di tempat kedua dan ketiga menerusi pemandunya iaitu Piastri dan Lando Norris.

Keputusan tersebut membolehkan McLaren berada di kedudukan kelima kategori pengeluar selepas mengumpul 219 mata dan hanya dipisahkan 79 mata dengan pasukan Ferrari.

“Saya rasa ia boleh dilakukan. Kami juga telah melakukan kerja yang baik. Bukan sahaja dari segi perlumbaan, malah hentian pit juga kami sangat pantas dengan catatan 1.8 saat.

“Jelas, ia adalah satu hasil kerja yang luar biasa pasukan yang bekerja keras selama in. Jadi, untuk memberi ganjaran kepada seluruh pasukan adalah tampil sangat baik pada perlumbaan hujung minggu.

Jadi, kami akan meneruskannya dalam baki lima pusingan akan datang,” ujarnya.

Selain mengejar kedudukan kategori pengeluar, Norris juga berpeluang untuk memintas Carlos Sainz selepas hanya dipisahkan 21 mata dengan pemandu pasukan Ferrari tersebut. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/10/18/f1-mclaren-azam-pintas-kedudukan-ferrari/

Pages: [1]
View full version: F1: McLaren azam pintas kedudukan Ferrari


ADVERTISEMENT