Raline Publish time 18-10-2023 12:47 PM

MotoGP: Marc Marquez sedia bersara jika gagal

MotoGP: Marc Marquez sedia bersara jika gagal

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/10/MARC-MARQUEZ-4.jpg
MARQUEZ gagal menamatkan perlumbaan pada GP Indonesia di Litar Mandalika selepas gagal mengawal jenteranya dan terjatuh. - AFP


LONDON – Juara dunia enam kali, Marc Marquez mempertimbangkan pilihan untuk bersara dan meninggalkan pasukan baharunya, Gresini Racing jika dia tidak menikmati tahun pertamanya bersama pasukan satelit Ducati tersebut musim depan.

Pendedahan itu dibuat oleh adiknya, Alex Marquez yang menjelaskan perbualannya bersama abangnya sewaktu pelumba Sepanyol itu sah meninggalkan pasukan Repsol Honda dengan menyertai Gresini Racing.

“Kita akan lihat nanti. Kontrak setahun bersama pasukan Gresini adalah untuk melihat sekiranya dia (Marquez) menikmati ‘dunia’ ini lagi. Dia berkata kepada saya, sekiranya dia tidak menikmatinya, dia akan bersara.

“Marquez mahu melihat sama ada dia boleh menikmati perlumbaan tersebut. Kalau dia boleh laju semula selepas kecederaan lalu mungkin dia akan kekal.

“Marquez meletakkan kebimbangan tersebut sehingga ke tahap itu. Saya yakin sewaktu di Valencia (ujian rasmi) nanti dia akan menikmati perlumbaannya semula. Apa yang berada dalam fikirannya ketika ini akan hilang dengan cepat,” kata Alex.

Alex yang sebelum ini membuat keputusan meninggalkan pasukan LCR Honda dan menyertai pasukan Gresini Racing memberi jaminan bahawa abangnya itu mampu tampil dengan baik dan tidak akan berdepan masalah untuk menawan karakter jentera Ducati.

“Bagi saya, Marquez perlu berubah untuk untuk memulihkan perasaan, semangat. Saya melihatnya sewaktu di podium Motegi dia tidak gembira seperti biasa.

“Ducati memiliki enjin yang sangat bagus dan sebuah jentera yang boleh memberi anda banyak perasaan. Dia telah bersaing dengan jentera yang sama selama 11 tahun, jadi dia perlu mengubah banyak perkara.

“Apapun, saya yakin dia cepat menyesuaikan diri dan dia akan pantas bersama jentera Ducati ini.” tambahnya.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/10/18/motogp-marc-marquez-sedia-bersara-jika-gagal/

Pages: [1]
View full version: MotoGP: Marc Marquez sedia bersara jika gagal


ADVERTISEMENT