mattzzx Publish time 17-10-2023 05:25 PM

Marquez bersara jika tidak gembira

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/marc090_1697517230.jpg
MARC Marquez. FOTO AFP

Mandalika: Alex Marquez dimaklumkan oleh abangnya, Marc Marquez bahawa dia akan bersara jika tidak gembira pada tahun pertamanya di Gresini Ducati.

Pelumba adik beradik itu akan disatukan semula dalam pasukan satelit Ducati pada 2024 selepas Marquez mengesahkan hasratnya untuk meninggalkan Honda.

Masa depan Marquez mencetuskan perdebatan selepas adiknya mendedahkan perbualan bersama abangnya itu.

Ditanya sama ada Marquez mahu kekal lebih lama daripada kontak awalnya selama setahun, Alex menjawab kepada TNT Sports: "Sama-sama kita lihat nanti. Kontrak setahun adalah untuk melihat sama ada dia gembira dengan perjalanan kariernya.

"Dia beritahu saya jika tidak gembira dia akan bersara. Itu adalah kemungkinannya. Dia mahu melihat sama ada dia boleh merasai kegembiraan semula. Adakah dia boleh berlumba dengan pantas semula selepas mengalami kecederaan.

"Dia mempunyai sebab untuk mempunyai rasa ragu-ragu kerana saya pernah mengalami perasaan sama ketika bersama Honda tahun lalu.

Alex yang meninggalkan LCR Honda untuk menyertai Gresini Ducati setahun lalu menafikan dia mempengaruhi keputusan abangnya untuk berhijrah.

"Tidak. Seperti yang dia katakan, dia mengubah fikiran dan pandangannya sendiri," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/10/1020955/marquez-bersara-jika-tidak-gembira
Pages: [1]
View full version: Marquez bersara jika tidak gembira


ADVERTISEMENT