tatod Publish time 17-10-2023 10:24 AM

Penyanyi K-Pop Eric Nam Kena 'Cancel', Padah Sokong Zionis

Penyanyi popular Korea Selatan Eric Nam berdepan dengan kecaman ramai apabila tindakannya meninggalkan tanda suka pada sebuah hantaran Instagram menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.




Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Jordan C. Brown, Hamas disifatkan sebagai organisasi pengganas yang melakukan serangan terhadap orang awam.



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/17/102408yqo6z6mmw111m221.jpg



Tindakannya itu turut mmebuatkan namanya sohor kini dalam aplikasi X.




Meskipun tidak mengeluarkan sebarang komen sama ada menyokong mahupun membantah kenyataan tersebut, tanda suka yang ditinggalkan Eric menerima kritikan hebat daripada netizen.




Lebih teruk, ramai yang berpendapat tanda suka tersebut sekali gus menunjukkan penyanyi lagu I Don’t Know You Anymore itu berpihak kepada Zionis laknatullah.




Rentetan daripada itu, ramai membatalkan hasrat untuk hadir ke konsert jelajah Eric yang sepatutnya berlangsung bermula Februari depan.


“Tidak sangka Eric mempunyai pendirian sebegitu. Dia tidak layak diangkat menjadi idola."


“Kenapa Eric tidak ‘unlike’ walaupun ramai peminat Malaysia sudah kecam?” komen netizen," tulis komen netizen.


Eric dijangka singgah untuk konsert jelajahnya di Kuala Lumpur pada 20 Februari 2024 di Zepp KL.


Selain Eric, selebriti ternama antarabangsa lain yang turut di ‘cancel’ peminat kerana menyokong Yahudi ialah Kylie Jenner, Gal Gadot, Justin Bieber dan The Rock.




Sumber: Oh Bulan








Kentot_Wangi Publish time 17-10-2023 11:50 AM

Ala.. Sekejap je tu cancel. Nt penuh jugak konsert nye.

Thunderclouds Publish time 17-10-2023 12:57 PM

Ummah malaysia fefeeling 'cancel' retis² kapir.
Kah!

KamikuP Publish time 17-10-2023 03:06 PM

nnti dia buat permohoanan maaf time tu jugak kpoopers maafkan dan berbondong2 tengok konsert .. puikkk

borrow Publish time 17-10-2023 05:43 PM

Heols ni lahir & membesar kat us. Study pun sana. Kenal sbb tgk reality show No sleep no Fomo. Shoot kat msia. Ai mcm.. eh fasih hoppa ni ckp english.

Page88 Publish time 18-10-2023 12:15 AM

So many issues.

sarah_ary2 Publish time 19-10-2023 07:35 AM

nasib aiols x pernah minat Eric ni satu lagu pun x tau

mxngchii Publish time 22-10-2023 03:51 PM

Kenal eric ni sebab selalu jadi pengacara je, tapi kdg jadi host pun cam rude sikit

gideoncross Publish time 25-10-2023 12:40 PM

Justin Bieber x skong Zionist, x juga skong Palestine. Dia d antara 2

Page88 Publish time 29-10-2023 02:21 AM

This is what 2023 is all about.

Yoonggi Publish time 1-11-2023 01:47 PM

Dia br je klr stetmen slps netz dok ngata dia, hahaha. Dia siap ckp konsert kt KL kensel for safety reason

JahLupa Publish time 1-11-2023 11:33 PM

Malaysian ni bab kensel2 ni bemusim. Nnti da ilang musim, penuh balik la tmpat2 yg kena boikot temasuklah concert die ni

owlowl22 Publish time 2-11-2023 06:15 PM

boikot bermusim ka x bermusim…at least better something than nothing…

linb Publish time 6-11-2023 08:31 AM

Bye Eric. Pangkah terus

lavendermiz Publish time 8-11-2023 03:26 PM

tak pernah kenal. hahahha. elok la di cancelkan je semua ni

thanoslefthand Publish time 8-11-2023 03:59 PM

Menyampah kat mamat ni.
Dah ujung 2023 pun masih nak jaja psl wgm kat kelly talkshow tu..move on lah :I
Padan muka sekarang org tau ko pro zionis
Pages: [1]
View full version: Penyanyi K-Pop Eric Nam Kena 'Cancel', Padah Sokong Zionis


ADVERTISEMENT