Raline Publish time 17-10-2023 07:13 AM

SRAM harap skuasy disenaraikan dalam RTG

SRAM harap skuasy disenaraikan dalam RTG

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/siva16_1697460750.jpg
S SIVASANGARI menjadi sandaran utama untuk skuasy meraih pingat di temasya Olimpik LA 2028. FOTO Asyraf Hamzah

Kuala Lumpur: Selepas sekian lama menanti, akhirnya sukan skuasy buat pertama kali akan dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028.

Perkara berkenaan disahkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC) dalam mesyuarat yang berlangsung di Mumbai, India, hari ini.

Pengumuman itu sudah pasti berita menggembirakan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) yang sudah sekian lama berjuang untuk membawa sukan itu ke pentas Olimpik.

Selain skuasy, empat lagi sukan yang dicadangkan turut mendapat kelulusan antaranya kriket, flag football, lacrosse dan besbol-sofbol.

Di Sukan Olimpik LA 2028 nanti, skuasy menawarkan dua pingat emas dalam acara perseorangan lelaki dan wanita.

Pengarah Kejurulatihan SRAM, Mejar (B) S. Maniam berkata, mereka menyambut baik berita dan pihaknya akan mula bertindak untuk merangka perjalanan ke Sukan Olimpik.

Tambahnya, dengan pengumuman ini, dirinya berharap skuasy akan dimasukkan ke dalam program Road To Gold (RTG) bagi bersama-sama mempersiapkan pasukan ke peringkat tertinggi itu.

"Sebelum ini kami sudah merangka pelan jangka panjang untuk Sukan Komanwel dan Sukan Asia, dan kami akan melakukan perkara sama untuk Olimpik dalam menyediakan barisan pemain agar mereka dapat meraih podium," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/10/1020786/sram-harap-skuasy-disenaraikan-dalam-rtg
Pages: [1]
View full version: SRAM harap skuasy disenaraikan dalam RTG


ADVERTISEMENT