Naomi Campbell Gayakan Busana Rekaan Rizman Ruzaini Di Dubai
Pereka fesyen ternama negara, Rizman Ruzaini membanggakan negara apabila busana rekaannya digayakan model tersohor antarabangsa, Naomi Campbell.Naomi menggayakan busana berwarna hitam dengan sentuhan kristal halus itu sebagai penutup pertunjukkan Minggu Fesyen Dubai sempena koleksi musim bunga/panas 2024.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/16/161039hdo4ej4ch44kz4k4.jpg
Rekaan tersebut diilhamkan daripada kisah rakyat terkenal Pahang iaitu Naga Seri Gumum atau Naga Tasik Chini yang juga merupakan sebuah legenda nusantara.
Majlis tersebut dihadiri barisan selebriti, pempengaruh serta media terkenal yang melaporkan berkenaan perkembangan dunia fesyen di rantau tersebut.
Rizman Ruzaini turut memuat naik gambar mereka berjalan beriringan bersama model berusia 53 tahun itu di atas pentas peragaan.
Rata-rata pengikut meninggalkan komen positif dan turut berbangga dengan pencapaian pereka fesyen asal Malaysia itu.
“Ini sangat epik, anda berdua sangat menakjubkan. Tahniah Rizman dan Rizaini, terus terbang tinggi,” kata rakan pereka, Hatta Dolmat.
“Tahniah buat anda berdua!” kata penyanyi Indonesia, Krisdayanti.
“Anda berjaya buat Naomi setuju pakai busana anda? Sangat hebat!” tulis satu komen yang lain.
Sumber: Utusan
Cantik bajunya...meletop naomi yg pakai Logo RR dah bertukar ya? Hmm yg tak bestnye peluk cium ngan acik Naomi tapi lantak le dosa depa tanggung.. janji meolls dah kutuk - getus hati meolls Baju rekaan RR ni kalau org tinggi lampai mmg cantik betul bila dipakai. Sempit kat kain, so x flowy Queenhanis kena beli ni..
baru la queen .. bahahhahaha Tang cium tu very international ye. Terkejut mak. Bayo jela khens berapa yg acik naomi minta, confirm la dia gayakan. Sediakan fulus shj. smlm ade tgk video nya
waaaaa
mcm x caye ye
mmg la byr kt naomi
tp ni naomi campbell
she's not simply2 je nk pakai
makcik ni sgt particular ye
dkt 30 thn experience
means that die confident dgn talent & hasil yg RR buat
good job for both
btw hampir semua karya dorg ni wearable & cantik2
maroon_nerd replied at 16-10-2023 10:19 PM
Tang cium tu very international ye. Terkejut mak.
kannn
it's naomi f***ing campbell kot
{:8_669:}
I rasa I sorang ja tak teruja sbb Naomi Campbell ni rekod peribadi tak berapa baik. Ada kes dera maid, kekwat jgn ckp la. Pastu dgn Coco pun being childish and let alone, competitive aammyy replied at 17-10-2023 09:05 PM
I rasa I sorang ja tak teruja sbb Naomi Campbell ni rekod peribadi tak berapa baik. Ada kes dera mai ...
Tapi at least dia memang x acah2 suci macam tyra banks tu. Bila tengok balik ANTM, memang jelas aura bitchy and dengki tyra. Iouls suka acik Shalom Harlow jalan goyang2 and Yasmeen Gauri letops. Fuyo naomi kot. Bukan calang2 supermodel. naomi ni kalau baju tersohor sekali pun,kalau x cantik x kena paa mata dia,dia mmg akak rijek.so i kagum laa.
harap rr blh remain design gini sbb ni mmg pattern trademark rr sblm2 ni pun ada.mcm chanel,tgk design dgn tweed dah kenal dah tu chanel. Seronok lah kakak ada supermodel pakai baju dia. Class gicheww! Lawa betul naomi ni
Dah 50 lebih pun masih nampak helok
Kagum ngan org yg disiplin jaga leklok badan sampai tua Suchi replied at 24-10-2023 07:19 AM
Lawa betul naomi ni
Dah 50 lebih pun masih nampak helok
Kagum ngan org yg disiplin jaga leklok badan ...
dia prnah beranak ke?
Pages:
[1]