mattzzx Publish time 16-10-2023 11:34 AM

Skuad boling wanita raih perak Kejohanan Dunia

https://assets.bharian.com.my/images/articles/bolen1610_1697414371.jpg
Sin Li Jane, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Esther Cheah, Gillian Lim dan Nora Lyana Nastasia Norkamal meraih pingat perak acara berpasukan wanita selepas tewas 2-1 di tangan Korea Selatan pada final malam tadi. – Foto Facebook Bowling Malaysia

KUALA LUMPUR: Skuad boling negara mengakhiri kempen pada Kejohanan Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) dengan pingat perak menerusi acara berpasukan wanita di Salmiya, Kuwait malam tadi.

Pasukan negara diwakili Sin Li Jane, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Esther Cheah, Gillian Lim dan Nora Lyana Nastasia Norkamal terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua selepas tewas 1-2 di tangan Korea Selatan pada perlawanan akhir.

Skuad Malaysia tewas dengan keputusan 177-211, 207-169, 203-214.

Terdahulu mereka mara ke final selepas menumpaskan Singapura 2-1 sementara Korea Selatan mengalahkan China 2-0.



Bagaimanapun, juara individu wanita Natasha Roslan direhatkan bagi acara berpasukan kerana mengalami kecederaan ibu jari tangan.

Sementara itu, skuad lelaki negara - Rafiq Ismail, Timmy Tan, Ahmad Muaz Fishol, Syafiq Ridhwan Malek, Syazirol Shamsudin dan Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam terlepas peluang ke separuh akhir selepas hanya berjaya menduduki tempat keenam daripada lapan pasukan pada pusingan kedua.

Minggu lalu, Natasha mengakhiri kemarau 12 tahun negara bagi memenangi kejuaraan individu wanita pada Kejohanan Dunia selepas menewaskan rakan sepasukan Li Jane 2-1.

Gandingan Syafiq Ridhwan-Ahmad Muaz kemudian meraih gangsa dalam acara beregu lelaki empat hari lalu. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2023/10/1165580/skuad-boling-wanita-raih-perak-kejohanan-dunia
Pages: [1]
View full version: Skuad boling wanita raih perak Kejohanan Dunia


ADVERTISEMENT