BadioZaman Publish time 16-10-2023 01:16 AM

SSM siasat East West One Group di bawah AMLA, kompaun RM1 juta kepada Dato’ Dr Jessie pengasas dan pengarahnya



Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menerima beberapa laporan dan aduan berhubung insiden pembayaran pulangan pelaburan dalam bentuk dividen oleh East West One Consortium Bhd (EWOCB) serta East West Horizon Plantation Berhad (EWHPB) yang diuruskan East West One Group (EWOG).Mengikut rekodEWOCB dan EWHPB adalah syarikat-syarikat yang menawarkan skim kepentingan berbentuk pelaburan kongsi tani berkaitan penanaman kelapa sawit.Katanya, skim-skim kepentingan ini adalah skim kepentingan yang berdaftar dibawah Akta Skim Kepentingan 2016 (ASK 2016) yang dikawal selia oleh SSM.“Dari April hingga September 2023, SSM telah menerima 46 aduan berkaitan syarikat-syarikat ini. SSM telah membuka kertas siasatan pada 25 September 2023 dan siasatan sedang giat dijalankan di bawah peruntukan ASK 2016 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA),” katanya dalam satu kenyataan, semalam.SSM berkata, lanjutan daripada aduan yang diterima, ia telah melakukan pemeriksaan fizikal ke atas pejabat pengurusan skim-skim ini serta lokasi penanaman kelapa sawit bagi meneliti isu yang dibangkitkan.Katanya, menerusi pemeriksaan yang dijalankan, SSM telah mengeluarkan empat kompaun kepada dua pengarah syarikat, seorang pengurus dan syarikat pengurusan East West Horizon Plantation Bhd di bawah seksyen 46(1) ASK 2016 dengan nilai keseluruhan kompaun berjumlah RM1 juta pada 25 September 2023 lalu.BACA LANJUT - https://thecorporate-secret.com/blog/2023/10/15/ssm-siasat-east-west-one-group-di-bawah-amla-kompaun-rm1-juta-kepada-dato-dr-jessie-pengasas-dan-pengarahnya/
https://thecorporate-secret.com/storage/2023/10/founder-Ewone-1024x531.jpg

Pages: [1]
View full version: SSM siasat East West One Group di bawah AMLA, kompaun RM1 juta kepada Dato’ Dr Jessie pengasas dan pengarahnya


ADVERTISEMENT