tatod Publish time 15-10-2023 11:29 PM

Sertai Perhimpunan Aman, Auntie Purple Terkilan Disuruh ‘Duduk Rumah Je’

Pempengaruh, Auntie Purple tampil membidas komen seorang individu yang memperlekeh tindakannya menyertai himpunan aman di Masjid Negara di ibu negara.


Menerusi komen yang ditinggalkan di TikTok Auntie Purple, seorang pengguna media sosial menuduh wanita tersebut sebagai ‘batak’ (sangat terdesak), dipercayai untuk meraih perhatian apabila menyertai himpunan tersebut yang dianjurkan pada Jumaat.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/15/232855wx4lp5sg1pgipf5f.jpg



“Duduk rumah je kak. Tak payah batak-batak nak join,” demikian komen netizen tersebut yang sudah menukarkan akaunnya kepada mod privasi.


Terkesan dengan kata-kata yang dilemparkan, Auntie Purple atau nama sebenarnya Noor Suhaili Mohamed Amin, 45, kemudian memuat naik video bagi membalas komen tersebut.


“Saya jarang nak marah, tapi geram betul dengan sikap awak ini (netizen). Suka hati sayalah, saya bukannya minta duit awak untuk tambang LRT (tren).


“Saya nak join solidariti saja... suruh kita duduk diam-diam dekat rumah,” jawabnya.


Auntie Purple kemudian menghalakan kameranya lalu menunjukkan seorang lelaki berbangsa India turut hadir dengan harapan dapat membuka mata mereka yang mempertikaikan tindakannya menyertai perhimpunan.


“Uncle ini bukannya Islam, tetapi dia datang sini sampai habis (selesai) untuk ‘support’ (sokong) Palestin.


“Awak tak nak datang tak apa. Yang berpanasnya auntie, berpeluhnya saya. Kenapa awak sakit hati?


“Kita tak nak berhimpun, sokong, tunjuk solidariti tapi cukuplah kita ambil tahu. Bila orang lain tunjuk solidariti, kita jangan pula tunjuk ‘mereng’. Tak mahu macam tu, tak baik,” ujarnya.


Dalam pada itu, wanita ini turut berpesan kepada orang ramai supaya menjaga kata-kata dan adab daripada menyakiti orang lain.


Rata-rata pengguna media sosial turut memberikan komen menyokong Auntie Purple di video klip tersebut.




Sumber: mStar

imransulaiman Publish time 15-10-2023 11:35 PM

Nak join, boleh je auntie oi... Tapi tak payah buat video. Biar orang lain nampak dan rakam. Itu baru ikhlas di mata netizen :)

zuriey Publish time 15-10-2023 11:47 PM

Apa faedah?
Zoinis akan letak senjata ke?

dagusengett Publish time 16-10-2023 07:29 AM

Good job auntie!

A-Are Publish time 16-10-2023 08:26 AM

imransulaiman replied at 15-10-2023 11:35 PM
Nak join, boleh je auntie oi... Tapi tak payah buat video. Biar orang lain nampak dan rakam. Itu bar ...

Bersangka baik jelah untuk tujuan promotion, manatao ramai xtao ada event2 gini

Robitadotcom Publish time 16-10-2023 09:12 AM

auntie purple ni retis ke yg bole masuk bod ni?

hidet Publish time 16-10-2023 11:41 AM

imransulaiman replied at 15-10-2023 11:35 PM
Nak join, boleh je auntie oi... Tapi tak payah buat video. Biar orang lain nampak dan rakam. Itu bar ...

kalau iols pun buat video..skrg semua benda nak buat video..takde masalah pun..biar la dia..

cikatilia Publish time 16-10-2023 11:59 AM

kuat meroyan jugak eh makcik ni

imransulaiman Publish time 16-10-2023 12:11 PM

hidet replied at 16-10-2023 11:41 AM
kalau iols pun buat video..skrg semua benda nak buat video..takde masalah pun..biar la dia..

Kalau macam tu, mental kena bersedia. Jangan cepat melatah :)

bynroslan Publish time 17-10-2023 11:18 AM

Kadang tak paham netijen, orang tak share kau question kau cakap tak cakna blabla, orang join benda aman2 camni pulak korang kata suruh duduk rumah. This day and age siapa saje yg takkan share video/pics kalau pergi event2 camni? Takde salahnya pun. Biarlah dia.

MadameOnion Publish time 17-10-2023 11:39 AM

aku suka auntie purple ni..content tak mengarut..apa salahnya spread awareness utk beri tekanan pada pemimpin2 dunia..jgn dok diam goyang teloq saja

owlowl22 Publish time 17-10-2023 02:25 PM

tunjuk sokongan salah, tak buat salah…haihh susahhhh

domok Publish time 17-10-2023 07:09 PM

Kalau sorang dua netizen je cakap, abaikan je lah. Bagi aku memang tak salah pun buat video, share ni..

arffa Publish time 18-10-2023 08:55 AM

netizen ni memang macam babi, bila influencer tak share pasal palestine marah, bila join kutuk. netizen babi, netizen babi, netizen babi.

duradanis Publish time 18-10-2023 02:25 PM

dah nama pun "pempengaruh" harus la update..

Suci_Murni Publish time 18-10-2023 10:39 PM

imransulaiman replied at 15-10-2023 11:35 PM
Nak join, boleh je auntie oi... Tapi tak payah buat video. Biar orang lain nampak dan rakam. Itu bar ...

Para influencer di mesia ni kena rakam & sebar pasal sokong palestin.... nnt nerakazen kata x spread awareness, serang & unfollow lak...
Pages: [1]
View full version: Sertai Perhimpunan Aman, Auntie Purple Terkilan Disuruh ‘Duduk Rumah Je’


ADVERTISEMENT