mattzzx Publish time 15-10-2023 11:59 AM

F1: Ferrari sudah perlu cabar kejuaraan

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/10/CARLOS-SAINZ.jpg
SAINZ mendedahkan bahawa Ferrari menggunakan sepanjang musim ini untuk mendapatkan pelarasan terbaik jentera. - AFP

MARANELLO – Pelumba Ferrari, Carlos Sainz berharap ‘eksperimen’ yang dilakukan sepanjang saingan Formula Satu (F1) musim ini mampu membantu mereka menjadi pasukan digeruni pada masa hadapan.

Pasukan yang berpangkalan di Itali itu mengharungi aksi tidak menentu dalam kempen 2023 gara-gara prestasi jentera yang kurang konsisten sehingga menyaksikan mereka berada di kedudukan ketiga dalam carta pengeluar.

Justeru, Sainz enggan masa yang diluangkan untuk menguji jentera pada setiap perlumbaan menjadi sia-sia sekiranya Ferrari terus gagal mencabar takhta kejuaraan dunia menjelang saingan musim depan.

“Saya tidak fikir semua (masalah) ini berpunca daripada pakej baharu. Charles (Leclerc) tidak berdepan banyak masalah dalam perlumbaan terdahulu, tetapi saya seperti hilang arah kerana banyak menguji pelarasan jentera.

“Saya gunakan hari Jumaat pada setiap perlumbaan untuk uji jentera dengan pelarasan berbeza bagi memastikan ia sesuai dengan pemanduan saya. Bagaimanapun, ia masih menjadi masalah kerana catatan masa masih tidak dapat diperbaiki,” katanya.

Walaupun sedar tidak ada apa-apa lagi untuk dikejar pada saingan musim ini, namun pelumba Sepanyol itu optimis segala pengorbanan yang dilakukan akan membuahkan hasil sebaik sahaja kempen 2024 membuka tirainya nanti.

“Saya tahu ‘eksperimen’ yang saya buat ini bukan perkara sia-sia. Mungkin ia tidak membantu dalam masa terdekat tetapi saya ada visi yang lebih besar untuk tempoh masa lebih panjang,” ujar Sainz. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/10/15/f1-ferrari-sudah-perlu-cabar-kejuaraan/
Pages: [1]
View full version: F1: Ferrari sudah perlu cabar kejuaraan


ADVERTISEMENT