mattzzx Publish time 15-10-2023 11:02 AM

All Blacks ranapkan impian Ireland

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/all1_1697330348.jpg
ANTARA aksi New Zealand bertemu Ireland, awal pagi tadi. FOTO AFP

Paris: Ketua jurulatih New Zealand, Ian Foster berkata, kemenangan 28-24 ke atas Ireland yang diramal menang pada suku akhir Piala Dunia, awal pagi tadi, adalah antara kemenangan paling manis dalam kariernya.

All Blacks tampil pada perlawanan yang dinanti-nantikan dekat Stade de France dengan status pasukan bukan pilihan.

Bagaimanapun New Zealand mendahului 13-0 dan walaupun Ireland dapat merapatkan jurang, juara dunia tiga kali itu mengekalkan kedudukan mereka untuk mara ke separuh akhir.

Foster berkata beliau berasa bangga kerana pasukannya meraih kemenangan selepas seorang pemain di luar padang untuk sebahagian besar perlawanan.

"Saya cukup gembira. Ini adalah hari istimewa untuk kami," katanya kepada pemberita.

"Kadangkala kemenangan paling manis adalah apabila lawan anda bermain dengan sangat baik dan menguji anda sehingga semaksimum mungkin.

"Pada akhirnya, kami memenangi perlawanan ini dengan 14 pemain dan kami menguasainya," katanya lagi.

Jelas beliau lagi, Ireland sedang membina sebuah pasukan yang hebat tetapi ia masih tidak mencukupi untuk menewaskan anak buahnya.
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/10/1020242/all-blacks-ranapkan-impian-ireland
Pages: [1]
View full version: All Blacks ranapkan impian Ireland


ADVERTISEMENT