Raline Publish time 15-10-2023 11:01 AM

Cara Buat Sagu Gula Melaka, Ini Petua Sagu Jadi Sebiji-Sebiji & Jernih Macam Kristal

Cara Buat Sagu Gula Melaka, Ini Petua Sagu Jadi Sebiji-Sebiji & Jernih Macam Kristal

https://media.myresipi.com/2023/10/resepi-sagu-gula-melaka.jpg
Resepi sagu gula melaka ini salah satu pencuci mulut yang wajib dicuba. Rasa dia sangat berlemak disebabkan oleh gabungan sagu, susu cair dan gula melaka yang sangat lazat!

Boleh guna pelbagai warna untuk membuatkan sagu lebih menarik. Sesuai juga dibuat jualan, pasti dapat menarik perhatian pelanggan.

Cara membuatnya cukup mudah, bahan-bahan yang digunakan juga tidak banyak. Tetapi ada petua yang perlu diikuti supaya sagu menjadi cantik sebiji-sebiji dan jernih elok.

Ikuti saja resipi perkongsian oleh Ida Hidayatul di bawah. Letakkan di dalam peti ais terlebih dahulu sebelum dimakan. Makan sejuk-sejuk lebih sedap!

RESEPI SAGU GULA MELAKA
Bahan-bahan:

2 cawan sagu putih
Air secukupnya
3 keping gula melaka (cairkan)
Susu cair

Cara-cara:

1. Panaskan air dalam kuantiti yang banyak. Apabila air sudah menggelegak, masukkan sagu (tak perlu basuh terlebih dahulu).

2. Kacau sekejap secara perlahan sahaja. Jangan kacau dengan kerap kerana ada jenis sagu cepat hancur. Pastikan guna api sederhana.

3. Apabila biji putih sudah kelihatan hilang, baru tutup api. Letak pewarna merah dalam air jika guna sagu putih.

4. Toskan sagu sambil alirkan di bawah air paip. Basuh sagu sehingga bersih dan ketepikan.

5. Cara buat gula melaka, dalam periuk, panaskan sedikit saja air. Letakkan 3 keping gula melaka dan daun pandan (jika ada). Tunggu sehingga gula cair dan siap.

https://media.myresipi.com/2023/10/resepi-sagu-gula-melaka-1-400x711.jpeg
6. Cara nak letak dalam bekas mudah saja. Letak gula melaka ikut kemanisan yang disukai. Masukkan sagu dan tuang susu cair.

7. Sejukkan dalam peti dan makan sejuk-sejuk. Selamat mencuba!

https://media.myresipi.com/2023/10/resepi-sagu-gula-melaka-2-400x300.jpeg



Kredit resipi dan gambar: Ida Hidayatul
Sumber:https://myresipi.com/resepi-sagu-gula-melaka/

Mamason Publish time 22-10-2023 12:32 PM

Edited by dilaOHdila at 26-10-2023 09:13 AM

Favourite nih!!! Sedap benooo... tapi xponah le jadi sagu sebijik2 tuu...selalunya berketoi2 je... teman letak dlm cup kecik2.. ikut dia le situ hahaha.. udah sejuk, terus makan le ngan susu cayo and gula melaka.. nyamaan...
Makan sejuk sejuk syok na mama:D

minahcikminah Publish time 17-11-2023 10:13 AM

Sedapnya! I like, makan sejuk sejuk aduh nyaman kat tekak

Semutbesi Publish time 19-11-2023 10:34 AM

Terima kasih share... nk cuba nnti.. dah berkali buat tapi dok melekat je..

Mamason Publish time 26-11-2023 08:24 AM

Semutbesi replied at 19-11-2023 10:34 AM
Terima kasih share... nk cuba nnti.. dah berkali buat tapi dok melekat je..

Kaaan... Mama buat pun melekat2 xndak berpisah deme nye... hahahaha Tengok org jual tu lawa bebeno yek.. sebijik2 sagunya..

Guli Publish time 21-1-2024 12:05 AM

Terima kasih share resepi, nak cuba buat sendiri tapi risau tak menjadi sagu jer

dilaOHdila Publish time 24-1-2024 10:19 AM

Semutbesi replied at 19-11-2023 10:34 AM
Terima kasih share... nk cuba nnti.. dah berkali buat tapi dok melekat je..

kak dilla pnh buat sekali ritu
nak bagi hilang putih2 kat biji sagu tu kena bilas byk kali gak
cuba guna tapis:D

Semutbesi Publish time 5-3-2024 10:13 AM

dilaOHdila replied at 24-1-2024 10:19 AM
kak dilla pnh buat sekali ritu
nak bagi hilang putih2 kat biji sagu tu kena bilas byk kali gak
cub ...

terima ksih tips kak dilla... nnti cuba.. puasa pun dah dekat

Wheeinout Publish time 5-3-2024 02:18 PM

Sedapnya boleh prepare utk buka puasa nanti

dilaOHdila Publish time 7-3-2024 11:54 AM

Semutbesi replied at 5-3-2024 10:13 AM
terima ksih tips kak dilla... nnti cuba.. puasa pun dah dekat

buat kalor2 bior meriah komer:D
Pages: [1]
View full version: Cara Buat Sagu Gula Melaka, Ini Petua Sagu Jadi Sebiji-Sebiji & Jernih Macam Kristal


ADVERTISEMENT