tatod Publish time 15-10-2023 10:27 AM

Got7 Nak Bantu Urus Pengebumian Mangsa Insiden Siam Paragon

Insiden tembakan di pusat beli belah Siam Paragon, Thailand pada 3 Oktober lalu mendapat perhatian salah seorang anggota kumpulan kpop GOT7.


Terkesan dengan insiden menyayat hati itu, GOT7 turut mengambil inisiatif mengurus dan membayar kos pengebumian salah seorang mangsa yang juga peminat kumpulan tersebut.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/15/102704mnpnhjdz6nhjbdmp.jpg



Malah salah seorang anggotanya yang berasal dari Thailand iaitu BamBam turut menghubungi keluarga mangsa bagi memaklumkan tentang bantuan berkenaan.


BamBam turut berusaha mencari keluarga mangsa yang meninggal dunia pada Sabtu lalu selepas cedera parah akibat terkena tembakan.


Sebelum ini BamBam bersama dua lagi anggota GOT7 iaitu Mark dan Jay B turut menghantar bunga serta ucapan takziah ketika mangsa menerima rawatan di hospital.


Dalam kejadian itu, seorang remaja berusia 14 tahun melepaskan beberapa das tembakan secara rambang yang menyebabkan dua orang awam meninggal dunia di tempat kejadian.


Manakala seorang lagi mangsa cedera parah dan menerima rawatan di hospital sebelum disahkan meninggal dunia.




Sumber: mStar

Page88 Publish time 18-10-2023 12:19 AM

Jackson Wang is my favourite.
Pages: [1]
View full version: Got7 Nak Bantu Urus Pengebumian Mangsa Insiden Siam Paragon


ADVERTISEMENT