mattzzx Publish time 14-10-2023 04:09 PM

Tengku Zafrul ganti Norza terajui BAM

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/250123-zafrul.jpg
TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ




PETALING JAYA: Ahli Majlis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebulat suara bersetuju memilih Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz untuk menerajui badan induk itu, bagi menggantikan Tan Sri Norza Zakaria.

Perkara itu diumumkan secara rasmi oleh Norza sendiri selepas Mesyuarat Ahli Majlis BAM bersidang di Akademi Badminton Malaysia (ABM) hari ini.

Ogos lalu, Norza membuat pengumuman mengejutkan apabila bercadang melepaskan jawatannya lebih awal, iaitu pada hujung tahun ini.

“Saya harus menentukan kesinambungan dalam kepimpinan BAM, kita berhadapan dengan beberapa pemegang taruh yang penting antaranya KBS (Kementerian Belia dan Sukan), para penaja dan lain lain lagi.

“Atas sebab itu, apa sahaja perubahan tidak perlu dilakukan secara drastik dan berhemah serta mendapat sokongan penuh Ahli Majlis.

“Di BAM, kita tidak pernah berdepan dengan krisis kepimpinan, dan kita teruskan tradisi itu, dan semua Ahli Majlis bersetuju dengan cadangan saya iaitu untuk memilih Tengku Zafrul,” jelas Norza kepada media selepas tamat persidangan Mesyuarat Ahli Majlis BAM.

Pelantikan Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri dijangka akan dimuktamadkan pada Mesyuarat Agung BAM pada Disember.

Sekiranya tiada halangan, Tengku Zafrul akan memulakan tugas sebagai presiden BAM secara rasmi pada Januari 2024. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/sukan/2023/10/tengku-zafrul-ganti-norza-terajui-bam/
Pages: [1]
View full version: Tengku Zafrul ganti Norza terajui BAM


ADVERTISEMENT