mattzzx Publish time 14-10-2023 12:03 PM

Fiji tekad lebur 'ego' England

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/fii_1697255836.jpg
FIJI (jersi putih) sedia kejutkan England di suku akhir Piala Dunia Ragbi. FOTO Agensi

Marseille: Ketua pasukan Fiji, Waisea Nayacalevu akui pasukannya sedia menghampakan England dalam aksi suku akhir Piala Dunia Ragbi esok.

Jelasnya, Fiji sedia melakar sejarah kerana bukan sahaja mara sehingga ke suku akhir malah harapan menggunung kini diletakkan di bahu pasukan dari Pasifik Selatan itu untuk melangkah ke separuh akhir.

"Kami mahu mencipta sejarah. Kami mendapat banyak sokongan daripada ramai pihak termasuk negara jiran, jadi kami mewakili semua Pasifik Selatan," kata Nayacalevu.

Bukan hanya negara Pasifik seperti Samoa dan Tonga yang menyokong Fiji, tetapi semua negara tahap kedua turut menzahirkan sokongan buat negara kepulauan itu.

"Saya bangga menjadi sebahagian daripada pasukan Fiji. Tetapi saya juga berbangga dengan apa yang dipanggil negara membangun, benar-benar mendorong untuk mencipta kejutan. Kami akan cuba mencipta," kata pengendali Fiji, Simon Raiwalui.

Ujar Raiwalui lagi, pasukannya akan mempamerkan aksi bertenaga dan cuba menewaskan England.

"Perjalanan kami pada Piala Dunia kali ini cukup fantastik. Pemain memberi segala-galanya dari awal dan kami mahu meneruskan momentum itu hingga ke akhir," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/10/1019947/fiji-tekad-lebur-ego-england
Pages: [1]
View full version: Fiji tekad lebur 'ego' England


ADVERTISEMENT