mattzzx Publish time 14-10-2023 12:02 PM

Damok mahu tampil bertenaga di GP Indonesia

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/damok_1697176628.jpg
SYARIFUDDIN Azman. FOTO Ihsan MT Helmets_MSi

Kuala Lumpur: Saingan Grand Pix (GP) Indonesia hujung minggu ini ingin dimanfaatkan sebaik oleh pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman untuk berada di kedudukan terbaik agar peroleh pungutan mata.

Untuk rekod, kali terakhir dirinya peroleh mata adalah di perlumbaan GP Argentina April lalu sebelum prestasinya mula terumbang-ambing.

Lebih malang, Syarifuddin atau terkenal dengan jolokan Damok terlibat dalam kemalangan di GP Itali Jun lalu sehingga mengalami kecederaan retak tulang rusuk.

Perkara berkenaan sedikit sebanyak menganggu fokus dirinya untuk tampilkan prestasi terbaik dalam setiap pelumbaan dalam Kejuaraan Motosikal Dunia bagi musim pertama buat dirinya.

"Untuk hujung minggu ini, matlamat saya untuk terus mempertingkatkan dan mendapatkan rentak yang baik bersama jentera.

"Objektif utama saya adalah untuk memperbaiki kesilapan yang saya buat dalam perlumbaan sebelum ini, bekerjasama dengan pasukan dan teruskan hasil positif yang kami usahakan.

"Saya juga akan berusaha untuk mendapatkan mata dalam perlumbaan ini. Saya sasar untuk menjadi kompetitif dan menikmati perlumbaan." katanya.

Pada perlumbaan GP Jepun awal bulan ini, Damok hanya mampu menamatkan saingan di tempat ke-19 sahaja.

Berbaki enam pusingan lagi, Damok ketika ini hanya dapat mengumpulkan lima mata yang diraih ketika perlumbaan di GP Argentina untuk berada di kedudukan ke-25 keseluruhan.

Bagi kategori 'Rookies of the Years, pelumba dari Colombia, David Alonso berada di kedudukan teratas selepas menampilkan aksi cemerlang untuk kumpul 160 mata manakala Damok berada di kedudukan keenam.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/10/1019556/damok-mahu-tampil-bertenaga-di-gp-indonesia
Pages: [1]
View full version: Damok mahu tampil bertenaga di GP Indonesia


ADVERTISEMENT