tatod Publish time 14-10-2023 11:36 AM

Han So Hee Diperguna Ibu Kandung, Kerja 12 Jam Sehari Demi Langsai Hutang Ibu

Pelakon jelita Korea Selatan, Han So-Hee dilaporkan pernah melalui detik pahit apabila perlu bekerja demi melangsaikan segala hutang piutang ibunya sendiri.


Memetik laporan portal KBizoom, sebelum dirinya bergelar pelakon popular di Korea Selatan, Han So-Hee perlu melangsaikan hutang ibunya sebanyak 20 juta Won (RM69,893.17).



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/14/113502d67qfnzmq7bjpiss.jpg



Menurut wartawan terkenal Korea, Lee Jin Ho kepahitan itu mula dirasai Han So-Hee apabila dia perlu membesar bersama neneknya selepas penceraian ibu bapanya sejak dirinya berusia 5 tahun.


Sehinggalah pada usianya mencecah 17 tahun, dia mengambil keputusan untuk tinggal bersama ibunya kerana perasaan rindu yang teramat sangat pada wanita yang melahirkannya itu.


Namun begitu, alangkah kecewanya pelakon drama ‘Nevertheless’ apabila mengetahui bahawa ibunya pernah membuka sebuah akaun bank dan membuat pinjaman dengan menggunakan namanya.


"Ibu Han So-Hee tidak membesar dan menjaganya dari kecil dengan baik. Dia juga membuka akaun bank menggunakan nama Han So-Hee sehingga menyebabkan banyak masalah buat pelakon itu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/14/113533bjnqfnkjaq5gvq8m.jpg



"Selepas bertahun hidup bersama neneknya, Han So-Hee yang berpindah ke daerah Ulsan (rumah ibunya) begitu kecewa selepas mengetahui mengenai hal ini," kata wartawan tersebut.



Kecewa dengan situasi itu, Han So-Hee kemudiannya membawa diri ke bandar Seoul untuk memulakan kehidupan yang baharu namun, hidupnya tetap diganggu oleh ibunya yang meminta pertolongannya untuk melangsaikan segala hutang yang ada.





Pelakon berusia 28 tahun itu bagaimanapun tetap membantu dan berjaya melangsaikan segala hutang dengan cara bekerja selama hampir 12 jam dan 6 hari seminggu di sebuah pub di sana.





Sehinggalah pada ketika Han So-Hee berjaya menempa nama di dalam industri hiburan, ibunya dilihat terus menerus mengambil kesempatan dengan membuat pinjaman dengan banyak sekali menggunakan namanya.





Tidak tahan dengan situasi itu, Han So-Hee dan syarikat agensinya, 9ato Entertainment mengeluarkan satu kenyataan mengatakan bahawa dirinya sudah tidak mahu lagi terlibat dengan sebarang hutang yang dibuat ibunya.



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/14/113629yaa7qvkmua49bxma.jpg



Kenyataan itu dibuat juga adalah untuk membersihkan nama baiknya yang sedang meningkat naik ketika itu.



"Ibu kepada Han So-Hee iaitu Puan Shin telah menggunakan nama Han So-Hee untuk membuka akaun bank.


"Puan Shin membuka akaun bank tersebut ketika Han So-hee masih di bawah umur dan menggunakannya untuk membuat pinjaman wang tanpa pengetahuan pelakon tersebut.


"Beberapa kejadian serupa telah berlaku selepas Han So-Hee berjaya melangsaikan hutang tersebut malah, berlaku juga pemalsuan dokumen peribadi."


Selepas kami membawa perkara ini ke muka pengadilan, pihak mahkamah dengan jelas menyatakan bahawa Han So-hee tidak berkaitan dan dibenarkan untuk tidak membantu melangsaikan hutang ibunya itu," kata syarikat pengurusannya.




Sehingga ke hari ini, difahamkan Han So-Hee sudah tidak lagi perlu membayar segala hutang yang dibuat ibunya dan telah membuat keputusan untuk tidak lagi berhubung dengan wanita yang melahirkannya itu.







Sumber: Oh Bulan





airmineral Publish time 14-10-2023 12:07 PM

cite lama kan ni?
cite dia keluar sbb cite family xila ke

JahLupa Publish time 15-10-2023 07:15 AM

Mak apa la camni

borrow Publish time 15-10-2023 07:29 AM

airmineral replied at 14-10-2023 12:07 PM
cite lama kan ni?
cite dia keluar sbb cite family xila ke

yup , last year kowt.

borrow Publish time 15-10-2023 07:34 AM

nasib judge side sheols. Kt HK ada yg sampai terpaksa umum putus sedara bagai , pasal nama deyols digunautk berhutang judi.

zarulnazmi Publish time 15-10-2023 08:17 AM

kadang-kadang tertanya kenapa ada pelakon yang asyik muka dia je kerap keluar drama tv atau filem. kita sangka mereka tamakkan job, caras pelakon lain tapi mungkin situasi mereka sama je dengan mangsa-mangsa keluarga toksik yang diperas hasil titik peluh.

iolss Publish time 16-10-2023 06:28 PM

lawa dia ni.. walau aura badgirl
belakon pon ok seiring dgn rupa

marchikobonzo Publish time 19-10-2023 11:03 AM

Bankers sana boleh tahan bodo ek..main approve loan application even bukan borrower yang apply..

penutupbotol Publish time 27-10-2023 03:34 PM

she is prettyyy
acting skill power gak nih

Page88 Publish time 29-10-2023 02:12 AM

Not all parents are good.

linb Publish time 6-11-2023 08:47 AM

Ai oi tertinggal ketapi. Kesiannya so hee ni

sarah_ary2 Publish time 6-11-2023 07:24 PM

marchikobonzo replied at 19-10-2023 11:03 AM
Bankers sana boleh tahan bodo ek..main approve loan application even bukan borrower yang apply..

Kan ? Mcm agak bongoks jugak sebab boleh buka tanpa kyc ke apa, kalau kat sini mcm mcm kene check, xkan buka deposit account atas nama anak boleh pulak buat pinjaman guna the account?

borrow Publish time 6-11-2023 08:33 PM

@marchikobonzo @sarah_ary2..

'Earlier this month, Korean broadcaster JTBC reported that a celebrity’s mother scammed someone of KRW85mil (S$93.9k) by getting the victim to send money to a bank account that was under the celebrity’s name"

https://www.8days.sg/entertainment/asian/han-so-hee-mother-debt-scam-bank-account-614926


sarah_ary2 Publish time 6-11-2023 11:05 PM

borrow replied at 6-11-2023 08:33 PM
@marchikobonzo @sarah_ary2..

'Earlier this month, Korean broadcaster JTBC reported that a celebr ...

ohh mak dia scammer ke?? ahahahah tue mcm pelik baca report tue no wonder ahhahahsh thanksss {:1_149:}

borrow Publish time 7-11-2023 08:43 AM

sarah_ary2 replied at 6-11-2023 11:05 PM
ohh mak dia scammer ke?? ahahahah tue mcm pelik baca report tue no wonder ahhahahsh thanksss {:1_1 ...

welkem :loveliness: Gitulah nmpknya. Ada ex reporter(korean) terangkan hal ni kat utube , tp tada sub plak.

marchikobonzo Publish time 7-11-2023 09:12 AM

borrow replied at 6-11-2023 12:33 PM
@marchikobonzo @sarah_ary2..

'Earlier this month, Korean broadcaster JTBC reported that a celebr ...

Wahhh..scammer..no wonder la so hee cut ties..risau kalau geng2 mak dia apa2 kan dia..dia dah la eye candy, pandai berlakon

lolipopmanish Publish time 7-11-2023 09:54 AM

iols selalu konpius muka sheols dgn makwe kwang soo tu ;P

IzzahF Publish time 10-11-2023 05:41 PM

apa cikai korea ni boleh buat loan guna nama org

Page88 Publish time 8-12-2023 06:28 AM

Life is such.
Pages: [1]
View full version: Han So Hee Diperguna Ibu Kandung, Kerja 12 Jam Sehari Demi Langsai Hutang Ibu


ADVERTISEMENT