tatod Publish time 12-10-2023 06:47 PM

Kepala Tiba-Tiba Penuh Kelemumur, Pelakon Syak Kena Santau

Pelakon Indonesia, Aliando Syarief mengesyaki dia disantau selepas mendapati kepalanya secara tiba-tiba dipenuhi kelemumur beberapa tahun lalu.

Katanya, dia menyedari perubahan itu pada 2019 apabila terbabit dengan sebuah filem.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/12/184701ugblj9z5jc5t5l9c.jpg



"Saya rasa seperti disantau tetapi saya juga tidak tahu saya berdepan penyakit apa.


"Kepala dipenuhi kelemumur tiba-tiba sejak 2019 selepas berlakon dalam filem Warkop dan sampai sekarang masih ada," katanya.


Selain itu, Aliando turut diserang sakit kepala melampau seperti vertigo malahan berasa seperti tidak ada otak dalam lepalanya.


"Kelemumur dan sakit kepala keterlaluan. Sejak beberapa tahun lalu sehingga sekarang saya masih selalu sakit," katanya.


Dalam pada itu, kata Aliando, dia tidak pernah berkongsi perasaan aneh yang dirasai atau mempunyai penyakit kerana selalu dianggap sebagai penipu.




Sumber: Gempak

matjerk Publish time 12-10-2023 09:59 PM

Pegi buat rawatan kelimumur tu.... santau pak hang

prince_marhaen Publish time 13-10-2023 08:35 AM

muka pun macam tak mandi..kepam berpeluh.. bukan kelemumur je, maybe ada pepijat, kutu dsb.

putu Publish time 13-10-2023 09:10 AM

Sama mcm exbf iolss. Dia punya slh dia slhkn org. Dia xpndai bt kerja, krj cincai, dia slhkn org khianat krj dia. Xsedar diri btl

A-Are Publish time 13-10-2023 09:12 AM

Orang lelaki selalu banyak kelimumur, nk kata rambut panjang pendek je, lg sng nk basuh...

kucingitam Publish time 13-10-2023 09:31 AM

seminggu brp kali kau syampu rambut dik sampai berkelemumur kepala..udah2 la salahkan jin setan ni... pi mandi dulu..

tokchik Publish time 13-10-2023 11:30 AM

cukur botak dulu rambut tu
lepas tu dah mudah maintai.
kelemumurpun ikut hanyut

mamajawie Publish time 13-10-2023 11:50 AM

bodoh muka busuk sendiri malas sental kepala cer ko pkai sabun petak cap buruh dgan berus dawai memang la berkerak kepala ko..hanjjjj sgt

mengapainisemua Publish time 16-10-2023 03:37 PM

adoi kat sana kan byk ente ketombe

mxngchii Publish time 22-10-2023 03:56 PM

Headline dah lucu dah pastu masuk baca komen lak lagi mengekeh i ketawa
{:gif_haha:}
Pages: [1]
View full version: Kepala Tiba-Tiba Penuh Kelemumur, Pelakon Syak Kena Santau


ADVERTISEMENT