mattzzx Publish time 12-10-2023 04:41 PM

90 anggota, pegawai polis terlibat rasuah setakat Ogos

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/10/WhatsApp-Image-2023-10-12-at-2.32.02-PM-2048x1365.jpeg
Razarudin (tengah) hadir merasmikan Sambutan Peringatan Hari Polis Marin ke-76 di Datasn Kawad Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 1, hari ini.

GEORGE TOWN – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan penahanan seramai 90 anggota dan pegawai polis yang terlibat dengan salah laku rasuah sepanjang Januari sehingga Ogos lalu.

Menurutnya, penahanan ke atas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Isu salah guna kuasa rasuah itu memang berlaku saya tidak tolak tetapi ia sangat kecil.

“Kita akan baikinya bagi tingkatkan imej dan apabila imej meningkat secara automatik kepercayaan teras daripada rakyat akan meningkat,” katanya pada sidang akhbar di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 1, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Sambutan Peringatan Hari Polis Marin ke-76 di Dataran Kawad markas berkenaan.

Dalam tempoh yang sama, katanya, PDRM sendiri telah membuka sebanyak 881 kertas siasatan tatatertib ke atas anggota terlibat. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/10/12/90-anggota-pegawai-polis-terlibat-rasuah-setakat-ogos/
Pages: [1]
View full version: 90 anggota, pegawai polis terlibat rasuah setakat Ogos


ADVERTISEMENT