tatod Publish time 12-10-2023 04:38 PM

Joe Jonas, Sophie Turner Capai Kata Sepakat, Anak-Anak Dibenarkan Tinggal Di As Atau Uk

Selepas melalui proses mediasi, pasagan Joe Jonas dan Sophie Turner akhirnya berjaya mencapai kata sepakat berkaitan hak penjagaan sementara dua orang anak mereka.


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hak penjagaan itu diberikan kepada dua-dua pihak mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/12/163819a0s2bhm8blbzb66b.jpg



Dalam masa sama mereka juga dibenarkan untuk membawa anak-anak mereka tinggal sama ada di Amerika Syarikat (AS) atau United Kingdom (UK) yang merupakan negara kelahiran Sophie.


"Kami bersetuju bahawa anak-anak meluangkan masa secara adil di rumah kami di AS dan UK. Kami mahu menjalankan tugas sebagai ibu bapa bersama," jelas kenyataan seperti yang dipetik dari People.


Pada Selasa, mahkamah menetapkan Sophie mendapat hak penjagaan untuk tempoh 9 Oktober hingga 21 Oktober, 2 November hingga 22 November dan 16 Disember hingga 7 Januari tahun depan.


Sementara itu, Joe pula dibenarkan menjaga anak 21 Oktober hingga 2 November dan 22 November hingga 16 Disember.


Kedua-dua mereka dibenarkan untuk membawa anak-anak menetap di mana-mana kediaman.


Pasangan ini juga diminta untuk menyerahkan laporan mediasi pada 23 Disember sebelum mahkamah menetapkan hak penjagaan di masa seterusnya.


Awal September lalu, Joe memfailkan cerai terhadap Sophie selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.




Sumber:mStar

keranda.terbang Publish time 29-3-2024 02:42 PM

semoga dipermudahkan urusan
Pages: [1]
View full version: Joe Jonas, Sophie Turner Capai Kata Sepakat, Anak-Anak Dibenarkan Tinggal Di As Atau Uk


ADVERTISEMENT