mattzzx Publish time 12-10-2023 12:14 PM

Bezzecchi kejar masa

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Marco_Bezzecchi_1697079316.jpg
BEZZECCHI harap dapat beraksi di Mandalika hujung minggu ini. FOTO AFP

Paris: Marco Bezzecchi berkata, dia berharap untuk beraksi dalam perlumbaan MotoGP di Indonesia hujung minggu ini, seminggu selepas menjalani pembedahan selepas patah tulang selangka.

"Ia akan menjadi satu perlumbaan menentang masa untuk cuba berada di litar esok di Mandalika," kata pelumba Itali yang mewakili Ducati-VR46.

Bezzecchi mengalami kecederaan itu semasa latihan tunggangan di litar pemilik pasukan, Valentino Rossi.

Bezzecchi berada di tempat ketiga dalam kedudukan keseluruhan pelumba, 54 mata di belakang rakan senegara, Francesco Bagnaia dari Ducati dan 51 di belakang pelumba Sepanyol, Jorge Martin, yang menunggang Ducati-Pramac.

"Sejurus selepas pembedahan, saya melihat kemungkinan cuba mengambil bahagian dalam Grand Prix (GP)," katanya.

"Kami menunggu 48 jam dan selepas perundingan perubatan terakhir dan program fisioterapi yang sangat intensif...kami memutuskan dengan pasukan cuba pergi ke Indonesia dan mula menunggang."

Bezzecchi perlu menerima lampu hijau daripada doktor pada hari ini di Litar Mandalika, di Pulau Lombok.

Beberapa pelumba lain juga akan kembali daripada kecederaan di GP Indonesia, pusingan ke-15 daripada 20 perlumbaan MotoGP musim ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/10/1019094/bezzecchi-kejar-masa
Pages: [1]
View full version: Bezzecchi kejar masa


ADVERTISEMENT