CARI-MRO Publish time 11-10-2023 04:20 PM

Dah Alang-Alang Ke Korea Selatan, Jom Lawat Top 5 Tempat Wajib Lawat Di Busan

Busan ialah bandar dan pelabuhan kedua terbesar di Korea Selatan yang terkenal dengan pantai, kolam air panas, dan rizab semula jadi.


Ini antara 5 lokasi menarik di Busan termasuklah Perkambungan Budaya Gamcheon, Taejongdae dan Jambatan Gwangan dan banyak lagi.


1. Perkampungan Budaya Gamcheon

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/11/161836wspf4zstv02itnui.pngFoto: Google




Perkampungan Budaya Gamcheon merupakan lokasi letaknya kediaman indah di mana rumah dibina secara bertingkat di sepanjang lereng bukit dan dicat berwarna-warni.


Kampung ini dibina pada tahun 1920-an hingga 1930-an dan telah dibaik pulih beberapa tahun lalu untuk menarik kedatangan pelancong.


2. Taejongdae

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/11/161837vhagttf3g7a7tsk7.pngFoto: Google







Taejongdae ialah taman semula jadi terkenal yang menawarkan salah satu pemandangan semula jadi terbaik di Korea.


Taman ini terletak di Busan, Korea Selatan, sesuai untuk bersiar-siar dan melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti menyelam dan bersiar-siar sambil menikmati suasana persekitaran mereka menggunakan denai pejalan kaki.


3. Jambatan Gwangan

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/11/161837u6p47u33rxg2f3or.pngFoto: Google









Jambatan Gwangan, adalah jambatan kenderaan terpanjang di Busan yang terbentang di atas lautan, menawarkan pemandangan yang indah buat pengunjung. IA dibina pada Ogos 1994, menghubungkan bandar Busan ke kawasan lain, yang menawarkan cara yang cekap untuk meneroka dan mengembara ke lokasi menarik yang berbeza.

4. Muzium Pameran Filem Busan

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/11/161838u79ten8l6ddnyb7e.pngFoto: Google









Destinasi ini ialah muzium interaktif dengan tema berasaskan filem.


Aspek berbeza yang terlibat dalam pembikinan filem seperti kesan bunyi, kesan khas, dan lain-lain boleh dilihat di sini.


Dalam bilik realiti maya (VR) yang terdapat dalam muzium ini, pelawat dibenarkan menonton filem menggunakan cermin mata VR khas di bilik disediakan.


5. Muzium Maritim Kebangsaan Korea

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/11/161838ngiggx86vxna14a0.pngFoto: Google







Muzium yang memaparkan budaya industri marin. Bandar Busan membina Muzium Maritim Kebangsaan Korea untuk mempromosikan industri dan budaya maritim Korea.


Ia memaparkan semua tentang sejarah dan budaya industri marin dan menawarkan banyak aktiviti menarik.


Pengunjung tidak boleh ketinggalan untuk melawat destinasi ini kerana ia merupakan dewan pameran hidupan laut terbesar di Busan. -CARI


Sumber: MSN
Pages: [1]
View full version: Dah Alang-Alang Ke Korea Selatan, Jom Lawat Top 5 Tempat Wajib Lawat Di Busan


ADVERTISEMENT