mattzzx Publish time 11-10-2023 01:27 PM

Padah baling stereng, Stroll disiasat FIA

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/MOTOR-F1-STROLL__1696995139.jpg
STROLL berdepan tindakan FIA jika melanggar peraturan. FOTO Reuters

Paris: Pemandu Aston Martin, Lance Stroll sedang disiasat oleh badan induk Formula Satu (F1) kerana berkemungkinan melanggar peraturan pada Grand Prix (GP) Qatar hujung minggu lalu.

Jurucakap Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) berkata pegawai pematuhan badan induk itu sedang 'berbincang' pemandu Kanada itu 'berkaitan dengan beberapa insiden yang mungkin melanggar peraturan, dasar dan prosedur FIA'.

Tiada butiran diberikan mengenai insiden berkenaan.

Stroll, anak kepada pemilik pasukan, Lawrence, gagal melepasi fasa pertama kelayakan dan dilihat mencampakkan stereng keluar dari jentera di garaj dan menolak jurulatihnya, Henry Howe.

Howe cuba mengarahkan Stroll ke garaj FIA untuk timbangan mandatori, dengan pemandu diwajibkan melalui pitlane dan bukannya paddock.

"Kami baik. Dia seorang abang. Kami mengharungi kekecewaan bersama-sama dan kami mengharungi bersama jadi...kami tenang," kata Stroll mengenai kejadian itu.

Selepas perlumbaan dia juga mengkritik penalti yang diterimanya kerana melanggar had trek dan lantang bersuara mengenai keadaan cuaca melampau.

"Ia adalah sedikit jenaka bahawa mereka memberikan penalti untuk ini, mereka (petugas) tidak memahami apa itu F1 dan apa yang mereka lakukan kepada kami," katanya selepas diturunkan dari kedudukan kesembilan kepada ke-11.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/10/1018715/padah-baling-stereng-stroll-disiasat-fia
Pages: [1]
View full version: Padah baling stereng, Stroll disiasat FIA


ADVERTISEMENT